09/09/2026
Menjunjung Kasih Tuanku.
Semalam merupakan satu detik yang amat bermakna bagi patik sekeluarga apabila rezeki menyebelahi patik dapat berselisih, bertegur sapa, dan mendoakan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang sewaktu berada di Cameron Highlands.
Keluhuran budi Tuanku berdua yang sudi menyapa dan bertanya dari mana patik datang, amat menyentuh hati patik. Patik sempat menyembah maklum bahawa patik datang dari jauh, iaitu Alor Setar, Kedah dan sudah tiga hari bercuti di sana.
Namun, disebabkan rasa teruja dan gugup menghadap Tuanku berdua, patik tidak sempat menyembah maklum kepada pihak Kesultanan Pahang bahawa patik ada mengusahakan sebuah perniagaan kecil-kecilan di Alor Setar, iaitu Alor Setar Riverside Homestay & Cabinstay.
Patik dengan penuh rasa tawaduk dan rendah diri, amat berbesar hati dan mengalu-alukan keberangkatan KDYMM Tuanku sekiranya Tuanku berdua mencemar duli mengadakan lawatan atau berkunjung ke Alor Setar, Kedah pada masa hadapan. Keberangkatan Tuanku berdua pastinya menjadi satu rahmat dan memori paling indah buat patik sekeluarga.
Doa patik agar KDYMM Tuanku berdua sentiasa dilanjutkan usia, diberkati kesihatan yang berpanjangan, dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT.
Ampun Tuanku, Beribu-ribu Ampun.Sembah Takzim daripada patik, rakyat Kedah.