Cerdik Hartanah

  • Home
  • Cerdik Hartanah
Directions Website

Cerdik Hartanah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cerdik Hartanah, .

RAMAI ORANG SALAH SANGKA!“Kena tunggu 5 tahun baru boleh jual tanah?” Sebenarnya ramai salah faham ingat kena tunggu 5 t...
05/08/2024

RAMAI ORANG SALAH SANGKA!

“Kena tunggu 5 tahun baru boleh jual tanah?”

Sebenarnya ramai salah faham ingat kena tunggu 5 tahun baru boleh jual padahal mereka nak elak bayar cukai jika jual hartanah selepas milikinya.

Kita masih boleh jual hartanah jika pemilikan tak sampai 5 tahun tapi semak berapa cukai CKHT yang bakal dikenakan. Namun ada pengecualian juga diberikan. Semak dengan kami untuk info lanjut.

| REN 23636
| 011-1317 5969

Kepercayaan terus diberi kepada kami untuk bantu menguruskan jualbeli unit di Desa Chemor Saujana.Klien pembeli dari REN...
25/06/2024

Kepercayaan terus diberi kepada kami untuk bantu menguruskan jualbeli unit di Desa Chemor Saujana.

Klien pembeli dari REN Fairul Azuan baru sahaja buat bayaran deposit hari ini setelah dibantu viewing malam tadi.

Pengurusan pusaka atau faraid perlu dilakukan jika ada kes kematian yang melibatkan nama dalam geran hartanah.
25/06/2024

Pengurusan pusaka atau faraid perlu dilakukan jika ada kes kematian yang melibatkan nama dalam geran hartanah.

Unit klien pemilik di Desa Manjung Point II sudah ada pembeli. Pembeli sempat view kondisi rumah malam tadi.Klien pembel...
25/06/2024

Unit klien pemilik di Desa Manjung Point II sudah ada pembeli. Pembeli sempat view kondisi rumah malam tadi.

Klien pembeli respon cantik sangat unit ini. Berbaloi beli. Tuan rumah pun bersyukur dapat pembeli.

Kadang kita berurusan bukan sekadar waktu siang hari, malam pun terpaksa over time atas kekangan kerja klien.

Layari website www.cerdikhartanah.com atau follow Cerdik Hartanah untuk lebih info hartanah.

Klien dari Singapura hubungi minta uruskan jualan unit beliau di Ipoh, Perak.Beliau serahkan amanah kunci rumah untuk ur...
25/06/2024

Klien dari Singapura hubungi minta uruskan jualan unit beliau di Ipoh, Perak.

Beliau serahkan amanah kunci rumah untuk urusan unit 2 tingkat di Desa Chemor Saujana.

Beliau letak harga hanya RM270K bawah nilai pasaran semasa.

We close 2 unit listing for today 💪🏻
25/06/2024

We close 2 unit listing for today 💪🏻

Ada perasaan kasihan, kecewa dan sedih bila tahu masih ada orang rugi wang beli tanah dan bina rumah sedangkan sepatutny...
25/06/2024

Ada perasaan kasihan, kecewa dan sedih bila tahu masih ada orang rugi wang beli tanah dan bina rumah sedangkan sepatutnya tidak berlaku andai ramai ada ilmu betul.

Sebab itu tertubuhnya Cerdik Hartanah agar lebih ramai dapat pengetahuan betul tentang cara beli tanah, beli rumah, bina rumah, buat pinjaman betul dan sesuai. Malah ada contact number untuk dihubungi jika perlukan bertanya.

+ Nak bina rumah sendiri, beli lah tanah status bangunan.

+ Nak buat kebun atau menanam tanaman lain, beli lah tanah berstatus pertanian.

+ Nak bina kedai atau kilang, beli lah tanah berstatus komersil.

Dalam negara kita hanya ada 3 jenis tanah sahaja yang dinyatakan dengan jelas dalam surat geran/hakmilik. Hanya baca sahaja di muka surat pertama ada dinyatakan dengan jelas disitu.

Masih tak faham boleh rujuk FB page https://www.facebook.com/100083342822214/posts/426517136803044/?

Dalam kesibukan menguruskan hartanah sedia ada, kami sempat lagi tambah Listing hartanah terkini untuk jual dan tutup ik...
25/06/2024

Dalam kesibukan menguruskan hartanah sedia ada, kami sempat lagi tambah Listing hartanah terkini untuk jual dan tutup iklan beberapa hartanah termasuk unit sewaan di Seri Iskandar, Perak.

Kita akan terus komited berikan servis terbaik buat pemilik hartanah yang mahukan khidmat menguruskan jual,sewaan hartanah mereka di serata Malaysia utamanya di Perak, Kedah, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kami uruskan banyak hartanah di Malaysia. Lebih 1000 fail jualan.Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
25/06/2024

Kami uruskan banyak hartanah di Malaysia. Lebih 1000 fail jualan.

Cerdik Hartanah | 011-1317 5969

📍Kelewek, Tanah Merah.Kami ada buat inspection unit hartanah jenis teres setingkat di Kelantan.Saiz rumah ini agak besar...
25/06/2024

📍Kelewek, Tanah Merah.

Kami ada buat inspection unit hartanah jenis teres setingkat di Kelantan.

Saiz rumah ini agak besar dari kebiasaan teres lain iaitu 2077 kaki persegi bersamaan 20’ lebar dan 104’ panjang.

Ruang tanah belakang pun masih berbaki untuk tambahan jika nak renovate rumah atau menanam. Ruang depan rumah pun tiada halangan bangunan dan ruang kosong yang tidak menghalang pandangan.

Keunikan teres dengan saiz besar 2077 kaki persegi dan berdekatan kemudahan lot kedai ini sesuai untuk dibeli oleh orang muda baru kahwin atau bekerja. Dengan harga murah RM180K maka bulanan hanya anggaran RM900.

Rumah begini boleh dijadikan tempat berteduh awal sementara gaji rendah peringkat awal bekerja sebelum membeli rumah impian akan datang apabila gaji lebih tinggi.

Beli rumah murah ikut kelayakan gaji dulu ketika muda sebelum jualkan pada masa akan datang untuk melayakkan beli rumah lebih besar.

Ramai yang takut untuk jual kerana salah faham. Mereka takut ada sekatan apabila ada ikatan dengan bank selama 30 tahun. Yang penting kita perlu tahu apa kos yang terlibat jika mahu jual rumah.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerdik Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed realtor/realty service?

Share