KD PERANTAU

Directions Website Contact the business

KD PERANTAU KD PERANTAU one of the Royal Malaysian Navy Hydrographic Survey Vessel. She was commissioned on 12 Oct 1998.

🌊🏃‍♂️ 𝐖𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑𝐄𝐑𝐒 𝐁𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 ⚓️💪🌊Meneruskan momentum kecergasan PERANTAU Wanderers, aktiviti Wanderers Beach Fun Run di...
16/09/2026

🌊🏃‍♂️ 𝐖𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑𝐄𝐑𝐒 𝐁𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 ⚓️💪🌊

Meneruskan momentum kecergasan PERANTAU Wanderers, aktiviti Wanderers Beach Fun Run diadakan dalam suasana santai di sepanjang pesisir pantai Labuan.

Deruan ombak dan pemandangan laut sebagai latar, larian ini bukan sahaja menyegarkan tubuh dan minda warga malah mengeratkan ukhwah serta mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Perantau Wanderers.

Pelbagai acara telah dijalankan di sepanjang pesisir pantai, menjadikan suasana lebih meriah dan menyeronokkan. Selain mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, program ini turut menjadi ruang untuk warga Wanderers beriadah dalam suasana yang santai dan penuh keceriaan. ⚓️🤝

Keep it up Perantau Wanderers Crew 151!!!





𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐤𝐡𝐰𝐚𝐡: 𝐖𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐫𝐬 𝐅𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝𝐥𝐲 𝐌𝐚𝐭𝐜𝐡 – 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐯𝐬 𝐔𝐏𝐒 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 ⚽🤝PERANTAU Wanderers meneruskan jalinan ukhwah dan sem...
12/09/2026

𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐤𝐡𝐰𝐚𝐡: 𝐖𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐫𝐬 𝐅𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝𝐥𝐲 𝐌𝐚𝐭𝐜𝐡 – 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐯𝐬
𝐔𝐏𝐒 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 ⚽🤝

PERANTAU Wanderers meneruskan jalinan ukhwah dan semangat kesukanan melalui perlawanan bola sepak persahabatan bersama pasukan Unit Pengawasan Senggaraan (UPS) Labuan. Perlawanan berlangsung dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat, sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kedua-dua pasukan.

Lebih daripada sekadar perlawanan di atas padang, aktiviti ini menjadi ruang untuk mengukuhkan persahabatan, memupuk semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan antara Warga PERANTAU Wanderers dan UPS Labuan.

Terima kasih Tim UPS Labuan atas sambutan dan kesudian bersama-sama mencipta momen yang penuh bermakna.

Satu padang, satu semangat, satu ukhwah! ⚽🔥🤝

𝐊𝐞𝐞𝐩 𝐢𝐭 𝐮𝐩 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐖𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐫𝐬 𝐂𝐫𝐞𝐰 𝟏𝟓𝟏 !!!





𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧KD PERANTAU telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Bekalan KD...
09/09/2026

𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

KD PERANTAU telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Bekalan KD PERANTAU dengan jayanya pada 3 September yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lt Kdr Noor Hazmi bin Rosli TLDM di atas segala khidmat bakti, komitmen serta profesionalisme sepanjang melaksanakan tugas sebagai Pegawai Bekalan KD PERANTAU.

Dalam masa yang sama, warga mengalu-alukan kehadiran Lt Rozainie binti Zaid TLDM sebagai Pegawai Bekalan KD PERANTAU yang baharu. Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi memastikan kesiagaan serta keupayaan operasi KD PERANTAU sentiasa berada pada tahap terbaik.

𝑭𝒂𝒊𝒓 𝑾𝒊𝒏𝒅 𝒂𝒏𝒅 𝑭𝒐𝒍𝒍𝒐𝒘𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒆𝒂𝒔





𝐋𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐖𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐫𝐬 𝐂𝐫𝐞𝐰 𝟏𝟓𝟏 🏃‍♂️🏃‍♀️💪 Salam dari Pulau Mutiara, Labuan — Perantau Wanderers! ⚓️🌊Setibanya di bumi La...
08/09/2026

𝐋𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐖𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐫𝐬 𝐂𝐫𝐞𝐰 𝟏𝟓𝟏 🏃‍♂️🏃‍♀️💪

Salam dari Pulau Mutiara, Labuan — Perantau Wanderers! ⚓️🌊

Setibanya di bumi Labuan, Perantau Wanderers meneruskan aktiviti rutin yang menjadi nadi kekeluargaan warga iaitu Larian Sihat Wanderers Crew 151.

Aktiviti ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan warga kapal, malah turut mengeratkan silaturahim, memupuk semangat setiakawan serta membina esprit de corps dalam kalangan PERANTAU Wanderers.

𝐊𝐞𝐞𝐩 𝐢𝐭 𝐮𝐩 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐖𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐫𝐬 𝐂𝐫𝐞𝐰 𝟏𝟓𝟏!!!





𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 ⚓️📚PERANTAU Wanderers Crew telah mengikuti Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk "Introduction to Electro...
04/09/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 ⚓️📚

PERANTAU Wanderers Crew telah mengikuti Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk "Introduction to Electronic Navigational Charts & ECDIS” yang telah disampaikan oleh Pegawai Laksana.

Sesi ini memberi pendedahan berkaitan aspek pengenalan kepada Electronic Navigational Charts (ENC) serta Electronic Chart Display and Information System (ECDIS), di samping memberikan kefahaman asas mengenai fungsi dan penggunaannya sebagai salah satu elemen penting dalam aspek navigasi untuk keselamatan pelayaran.

Semoga perkongsian ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kefahaman warga kapal, seterusnya meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Ilmu dikongsi, kefahaman diperkukuh, kemahiran dipertingkat. ⚓️

Keep it up PERANTAU Wanderers Crew 151!!!





𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐊 𝐋𝐀𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐊𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 🕌⚓️Dalam usaha menyemarakkan syiar Islam serta memperkukuh nilai kerohani...
01/09/2026

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐊 𝐋𝐀𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐊𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 🕌⚓️

Dalam usaha menyemarakkan syiar Islam serta memperkukuh nilai kerohanian dalam kalangan warga, KD PERANTAU telah menganjurkan Pertandingan Gemersik Laungan Azan sebagai salah satu wadah untuk mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan diri serta menghayati keindahan dan kemuliaan laungan azan.

Bukan sekadar mencari suara yang merdu, tetapi turut menekankan aspek ketepatan sebutan, kesempurnaan makhraj, penyampaian dan penghayatan serta adab dan penampilan. Lebih daripada sebuah pertandingan, program ini menjadi ruang untuk memupuk semangat ukhuwah, kebersamaan dan kecintaan terhadap syiar Islam dalam kalangan Perantau Wanderers.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan, kesungguhan dan penghayatan. Semoga penyertaan dalam pertandingan ini menjadi pengalaman yang bermakna serta terus menyemarakkan semangat untuk mengimarahkan syiar Islam dalam kehidupan seharian.

Keep it up PERANTAU Wanderers Crew 151!!!





🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾31 Ogos 2026Semangat kemerdekaan bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang...
31/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾

31 Ogos 2026

Semangat kemerdekaan bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang, tetapi terpahat dalam jiwa untuk terus bersatu, saling menghormati dan menghargai keamanan yang kita kecapi.

Semoga sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 ini menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan kita.

Bersama kita melangkah, bersama kita menjaga keharmonian. ❤️🇲🇾

Ikhlas daripada
PERANTAU Wanderers Crew 151





✨ 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 ✨⚓️ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐖𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑𝐄𝐑𝐒 𝐂𝐑𝐄𝐖 𝟏𝟓𝟏 ⚓️Alhamdulillah, PERANTAU Wanderers Crew 151 tel...
27/08/2026

✨ 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 ✨
⚓️ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐖𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑𝐄𝐑𝐒 𝐂𝐑𝐄𝐖 𝟏𝟓𝟏 ⚓️

Alhamdulillah, PERANTAU Wanderers Crew 151 telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M yang diserikan dengan Ceramah Khas oleh Koperal Ustaz Muhammad Nizamuddin bin Saidin.
🌙 “Rahmat Untuk Sekalian Alam”

Majlis dimulai dengan iringan Warga Perantau berselawat bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ seterusnya sesi ceramah bagi menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga pengisian yang disampaikan dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, memperkukuhkan ukhuwah sesama warga serta membentuk peribadi yang lebih berakhlak dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Iman di hati, akhlak dijiwai, tugas dilaksana. ⚓️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua PERANTAU Wanderers Crew 151 yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

𝐊𝐞𝐞𝐩 𝐢𝐭 𝐮𝐩 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐖𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐫𝐬 𝐂𝐫𝐞𝐰 𝟏𝟓𝟏!!!





🌙✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 ✨🌙𝟏𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 | 𝟐𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S...
25/08/2026

🌙✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 ✨🌙

𝟏𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 | 𝟐𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah, meneladani akhlak mulia serta memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Semoga kita sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Baginda, memperbanyakkan selawat dan menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan keberkatan, rahmat dan syafaat Baginda di dunia dan akhirat.

“𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒊𝒕𝒖 𝒔𝒖𝒓𝒊 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖.”
— Surah Al-Ahzab: 21

🤍 Salam Maulidur Rasul 1448H

Ikhlas daripada PERANTAU Wanderers Crew 151 ⚓️





⚓️ 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐊𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 ⚓️(22 Ogos 2025 – 22 Ogos 2026)“Kemudi Seorang Nakhoda, Lahir Seb...
23/08/2026

⚓️ 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐊𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 ⚓️

(22 Ogos 2025 – 22 Ogos 2026)

“Kemudi Seorang Nakhoda, Lahir Sebuah Legasi”

Setahun bukan sekadar hitungan masa, tetapi sebuah perjalanan yang sarat dengan kepimpinan, keteguhan, pengorbanan dan dedikasi dalam mengemudi KD PERANTAU menuju kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kdr Ramli bin Mohd TLDM, Pegawai Memerintah KD PERANTAU atas kepimpinan, tunjuk ajar, kepercayaan dan komitmen yang telah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga PERANTAU Wanderers.

Setiap arahan menjadi pedoman, setiap keputusan menjadi teladan dan setiap langkah yang dipimpin telah meninggalkan jejak legasi dalam perjalanan PERANTAU Wanderers.

Majlis turut diserikan dengan pemakaian pangkat kepada warga PERANTAU Wanderers, iaitu BM TMK Mohammad Rizal bin Md Noh dan BM TMK Tc. Kaliarasen a/l Anumuthu.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat dan dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga segala jasa, usaha dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Pegawai Memerintah terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PERANTAU Wanderers untuk terus memberikan yang terbaik dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Terima Kasih Tuan. 🫡⚓️

1 Tahun Pemerintahan. 1 Tahun Sebuah Legasi. ⚓️





Address

Stiawan
32100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD PERANTAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KD PERANTAU:

Shortcuts

Share