Property-Lah

Directions

Property-Lah Duo REN team helping you buy, sell & invest in property. Landed | Subsale | Investment | Klang Valley

29/07/2026

Landed atau High-Rise? Mana Pilihan Korang? 🏡🏢

Secara general, semuanya bergantung kepada keperluan dan gaya hidup.

Landed sesuai jika korang mahukan:
✅ Ruang yang lebih luas.
✅ Privasi.
✅ Halaman untuk keluarga.

High-rise p**a sesuai jika korang mencari:
✅ Kemudahan seperti kolam renang dan gym.
✅ Keselamatan dengan kawalan akses.
✅ Lokasi yang lebih dekat dengan bandar.

Yang penting, pilih rumah yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan korang.

Kalau diberi pilihan, korang lebih memilih landed atau high-rise? Kenapa? 👇

28/07/2026

Ramai Pelabur Pilih Hartanah Pelaburan Yang Diuruskan Operator. Kenapa? 🤔

Tak semua pelabur mempunyai masa untuk menguruskan hartanah sendiri.

Sebab itu, semakin ramai memilih hartanah pelaburan yang diuruskan oleh operator profesional.

Antara sebabnya:

✅ Pengurusan harian dikendalikan oleh operator.

✅ Pemasaran diuruskan oleh pas**an yang berpengalaman.

✅ Penyelenggaraan lebih teratur.

✅ Sesuai untuk pemilik yang mempunyai jadual yang sibuk.

✅ Pemilik boleh memberi tumpuan kepada perkara lain tanpa perlu menguruskan operasi harian.

Setiap pelaburan mempunyai kelebihan dan risikonya sendiri. Yang penting ialah memilih hartanah pelaburan yang selari dengan matlamat kewangan dan gaya hidup korang.

Kalau korang berminat dengan konsep ini, boleh lah contact kami untuk maklumat lebih lanjut.

26/07/2026

“Rumah pertama mesti rumah impian?” 🤔

Bagi aku, tak semestinya.

Ramai yang tangguhkan hasrat nak beli rumah sebab nak tunggu rumah yang besar, cantik dan lengkap dengan semua kemudahan.

Pada aku, rumah pertama bukan tentang kesempurnaan.

Tapi langkah pertama untuk memiliki aset.

Yang lebih penting, cari rumah yang:

✅ Sesuai dengan bajet.
✅ Sesuai dengan keperluan.
✅ Tidak membebankan kewangan.

Rumah impian boleh datang kemudian.

Jangan paksa diri membeli rumah di luar kemampuan hanya nak nampak semua sempurna.

Kadang-kadang, keputusan yang paling bijak bukan membeli rumah yang paling mahal, tetapi membeli rumah yang paling sesuai. 🏡

Setuju atau tidak?

Follow & share kalau bermanfaat.

24/07/2026

“Gaji tinggi = loan rumah senang lulus.”

Betul ke? 🤔

Jawapannya…mestilah tidak.

Ramai yang berpendapat :
“semakin tinggi gaji, semakin tinggi peluang loan lulus.

Sebenarnya, bank bukan tengok gaji korang je..tapi banyak lagi faktor yang dinilai dari pihak bank:

✅ Komitmen bulanan sedia ada
✅ Rekod pembayaran (CCRIS)
✅ Nisbah hutang kepada pendapatan (DSR)
✅ Kestabilan pekerjaan
✅ Kemampuan membayar ansuran setiap bulan

Sebab itu, ada individu bergaji sederhana dan senang lulus loan.

Dan ada juga yang bergaji tinggi tetapi loan tidak lulus sebab komitmen kewangan yang terlalu tinggi.

Gaji yang besar memang satu kelebihan, tetapi pengurusan kewangan yang baik lebih penting.

Sebelum mula mencari rumah idaman, pastikan kedudukan kewangan korang berada dalam keadaan yang sihat.

Kesimp**annya, jangan hanya fokus naikkan gaji sahaja. Pastikan juga rekod kewangan dan komitmen korang sentiasa dalam paras yang baik.

Miliki Aset dan Jana PendapatanRamai orang ingat untuk jana pendapatan daripada hartanah, pemilik perlu urus penyewa, ku...
23/07/2026

Miliki Aset dan Jana Pendapatan

Ramai orang ingat untuk jana pendapatan daripada hartanah, pemilik perlu urus penyewa, kutip sewa dan selesaikan pelbagai urusan setiap bulan.

Sebenarnya, ada konsep yang lebih mudah.

Anda hanya memiliki unit, manakala urusan operasi seperti pemasaran, housekeeping, check-in, check-out dan pengurusan tetamu diuruskan oleh operator.

Dengan konsep ini, anda boleh memiliki:

✅ Unit lengkap untuk jana pendapatan
✅ Fully furnished
✅ Lokasi strategik di Kuala Terengganu
✅ Operator mengurus operasi harian
✅ Berpotensi menjadi aset yang memberi p**angan mengikut prestasi operasi

Jika anda sedang mencari hartanah yang bukan sekadar untuk dimiliki, tetapi mempunyai potensi sebagai aset jangka panjang, ini mungkin peluang yang sesuai untuk anda.

📲 Nak tahu bagaimana konsep ini berfungsi?

Tinggalkan komen “INFO” atau WhatsApp saya di http://wa.me/+60129449698

22/07/2026

Kalau korang ada dua pilihan… Freehold atau Leasehold, yang mana korang pilih?

Ramai yang terus jawab Freehold.

Sebab ramai fikir Freehold lebih baik daripada Leasehold.

Pada aku, jawapannya bukan semudah itu.

Status pegangan hanyalah salah satu perkara yang perlu aku tengok sebelum membeli rumah.

Kalau status pegangan rumah itu Freehold, tetapi lokasinya kurang permintaan atau kurang strategik, adakah ia pilihan yang lebih baik?

Atau kalau pegangan status rumah itu Leasehold, tetapi berada di lokasi yang strategik dan mempunyai permintaan tinggi, adakah rumah itu terus tidak berbaloi disebabkan status pegangan.

Bagi aku, sebelum membuat keputusan, lihat dahulu:

✅ Tujuan pembelian
✅ Lokasi
✅ Permintaan pasaran
✅ Kemampuan kewangan
✅ Potensi kawasan

Jangan beli hanya kerana perkataan “Freehold”.

Dan jangan terus menolak hanya kerana ia “Leasehold”.

Setiap rumah ada kelebihan dan kekurangannya. Yang penting ialah pilih rumah yang sesuai dengan matlamat korang.

Ilmu dahulu. Keputusan kemudian. 🏡

Dalam proses aku belajar ilmu hartanah, aku akan kongsi dengan korang. Jadi follow page ini.

21/07/2026

5 sebab utama yang waras kenapa orang beli rumah:

🏡 Ada tempat tinggal sendiri
Tempat untuk membina kehidupan dan keluarga.

📈 Nilainya berpotensi meningkat
Lokasi yang baik biasanya mempunyai potensi peningkatan nilai.

💰 Melindungi nilai wang daripada inflasi
Harga barang naik, begitu juga kebanyakan rumah dalam jangka panjang.

🧱 Membina aset sedikit demi sedikit
Setiap ansuran bulanan membantu korang memiliki sebuah aset.

👥 Boleh menjadi legasi keluarga
Aset yang boleh diwariskan kepada generasi akan datang.

Mungkin korang tidak perlu beli rumah pada masa sekarang,

Tetapi korang perlu tahu sebab dan tujuan korang beli rumah di masa hadapan.

Beli dengan tujuan, bukan sekadar ikut orang.

Follow & share kalau s**a perkongsian seperti ini.

20/07/2026

Ramai orang membuat keputusan membeli hartanah sebab ikut orang sekeliling.

Kawan beli, kita pun nak beli.

Nampak projek penuh dengan orang beratur, terus rasa takut tertinggal peluang (FOMO).

Hakikatnya, pembeli hartanah yang bijak bukan membeli kerana emosi atau trend.

Mereka membeli berdasarkan ilmu, data dan analisis.

Sebelum membeli sesebuah hartanah, cuba tanya diri sendiri:

✅ Kenapa aku nak beli?
✅ Siapa bakal penyewa atau pembeli pada masa hadapan?
✅ Adakah lokasi ini mempunyai permintaan?
✅ Adakah aku faham pasal projek yang aku hendak beli?

Ramai ingat apabila sesuatu projek habis dijual dengan cepat, pasti tu projek yang bagus atau peluang pelaburan yang baik.

Sebenarnya, tidak semestinya.

Pasaran hartanah sentiasa berubah. Apa yang pop**ar hari ini belum tentu beberapa tahun akan datang.

Sebab itu, jangan ikut orang ramai.

Belajar dahulu dulu pasal hartanah, tahu tujuan pembelian, fahami pasaran, kemudian barulah buat keputusan.

Kerana hartanah yang dibeli dengan ilmu berpotensi menjadi aset.

Tetapi hartanah yang dibeli tanpa perancangan boleh bertukar menjadi liabiliti yang membebankan.

Ilmu dahulu. Keputusan kemudian.

Follow dan share supaya lebih ramai mendapat manfaat.

Nampak kosong kan?Tapi sebenarnya, inilah part paling best.Sebab you boleh bayangkan: Sofa mana nak letak?TV wall nak de...
23/04/2026

Nampak kosong kan?

Tapi sebenarnya, inilah part paling best.

Sebab you boleh bayangkan:
Sofa mana nak letak?
TV wall nak design macam mana?
Dining area muat tak untuk meja makan besar?

Rumah ni belum ada cerita, tapi you boleh jadi orang pertama yang create semua kenangan tu.

Nak cipta semua kenangan baru dimana tu?

DI SINI! 🏡 Landed double-storey Shah Alam✔️ 4 bilik✔️ Spacious layout (memang rasa luas bila kosong 😍)✔️ Low density area✔️ Easy access NKVE & Guthrie

Free SPA & MOT 💰

Nak tengok actual unit? Comment “NAK VIEWING”

Ramai yang excited bila nak beli rumah project (rumah baru/ under construction), tapi sejujurnya, ini antara keputusan p...
22/04/2026

Ramai yang excited bila nak beli rumah project (rumah baru/ under construction), tapi sejujurnya, ini antara keputusan paling besar dalam hidup, so jangan rush 🥺

I selalu share dengan buyer, sebelum decide apa-apa, check dulu benda ni:

1️⃣ Developer background
Pastikan developer ada track record yang baik & project sebelum ni siap on time. (Sebab kita nak elak stress tunggu lama 😅)

2️⃣ Layout & saiz rumah
Jangan tengok cantik dekat brochure je. Cuba imagine betul-betul, muat tak furniture you, flow selesa ke tak

3️⃣ Location & access
Bukan setakat dekat highway
Tapi daily life macam mana? Dekat dengan sekolah? Dekat dengan mall? Macam mana p**a dengan facilities lain?

4️⃣ Hidden cost
Ramai tak aware kos macam SPA, MOT & legal fee.
Kalau ada project yang cover semua ni, memang jimat banyak dan berbaloi-baloi!💰

5️⃣ Future lifestyle
Cuba bayangkan hidup you 3–5 tahun akan datang…

– Kalau dah ada anak? cukup ruang tak?
– Kalau WFH? ada space nak buat workstation?
– Weekend? nak lepak dengan family selesa ke tak?

Rumah ni bukan untuk sekarang je,
tapi untuk kehidupan you yang akan datang
Sebab tu personally, I s**a recommend project yang:
✨ low density
✨ layout spacious (sesuai untuk family)
✨ location strategic

Macam landed double-storey di Shah Alam yang I tengah handle sekarang:
✔️ 4 bilik, open layout
✔️ Easy access NKVE & Guthrie
✔️ Nearby mall & facilities
✔️ Free SPA & MOT

Price around RM896k, untuk landed area Shah Alam sekarang, still quite reasonable!

At the end of the day,
beli rumah bukan sekadar “mampu beli”
tapi kena rasa tenang bila balik rumah tu nanti 🤍

Kalau you tengah survey rumah area Shah Alam,
boleh je PM! I explain details satu-satu.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Property-Lah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category