ST Property

Directions Website

ST Property Property agent with almost 20 years of experience.

Beli rumah wajib ada nilai pelaburan.Apa nilai pelaburan?Maksudnya, waktu membeli pun dah dapat nilai ‘resale’ yang jauh...
04/08/2025

Beli rumah wajib ada nilai pelaburan.

Apa nilai pelaburan?

Maksudnya, waktu membeli pun dah dapat nilai ‘resale’ yang jauh lebih tinggi. Kita tak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Mungkin kena pindah kerja di tempat yang jauh. Mungkin jugak jatuh cinta pulak dengan rumah lain. Atau kena susun balik struktur kewangan peribadi, nauzubillah.

Jadi, kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya pada bila-bila masa. Tanpa perlu tanggung kerugian tatkala jual semula rumah.

Ada ke jual rumah tapi rugi? Bila impak ekonomi yang agak kurang sihat macam sekarang, berlambak kes jual rumah rugi, atau langsung tak boleh jual rumah sebab kena top-up.

Dan bagi saya, minimum 30% bawah nilai pasaran adalah syarat wajib untuk pilihan rumah yang nak dibeli. Kurang lah rasa risau ‘tersontot’.

Dan nak tambah, 30% bukannya beli dengan pemaju dan ambik cashback 30% tu. Dapat pulak cekau 3-4 unit sekaligus. Fuhh, kau memang lejen berani buat macam tu.

Terima kasih tuan lawyer yang sentiasa memahami kehendak dan arrangement saya. Terima kasih jugak sudi beli rumah dengan saya.

-ST-
Seram Tersontot

“Bila orang tanya, berapa lama dah buat hartanah?”Jawapan aku:Sejak zaman orang cari rumah pakai iklan surat khabar.Seja...
04/08/2025

“Bila orang tanya, berapa lama dah buat hartanah?”

Jawapan aku:
Sejak zaman orang cari rumah pakai iklan surat khabar.
Sejak zaman owner print gambar rumah pakai printer cap ayam dan lekat tepi tiang lampu.

Sejak tahun 2008.

Aku mulakan dari bawah. Jalan sendiri. Gosok lantai sendiri masa nak buat viewing. Dah rasa semua jenis buyer — yang cerewet, yang laju, yang hilang tengah jalan pun ada.

Tapi hari ni, alhamdulillah.
Aku masih dalam game.
Masih jumpa owner. Masih buka pintu rumah sendiri masa viewing.
Bezanya sekarang — aku bawa pengalaman 15 tahun atas bahu.
Dan aku ketuai Legacy Real Property Sdn Bhd sebagai CEO & Prinsipal (REA: E2018).

Market aku?
Subsale & undercon.
Residential, komersial, tanah — semua aku layan.
Asalkan ada potensi, aku akan bantu tutup dengan selamat dan berkat.

Aku bukan ejen viral.
Tapi insyaAllah aku ejen yang klien akan recommend bila kawan diorang tengah pening nak jual rumah.

Nama aku, Saharudin Tunggal.
Kalau perlukan ejen yang kerja betul-betul — bukan sekadar ambik gambar & hilang lepas upload —
DM saja. Kita sembang.

-ST-
Senior Tua

Appointment makin penuh. Traffic makin sesak.Kita cuba pakai jentera ni bagi atasi cabaran masa yang agak tight ni.-ST-S...
03/08/2025

Appointment makin penuh.
Traffic makin sesak.

Kita cuba pakai jentera ni bagi atasi cabaran masa yang agak tight ni.

-ST-
Scooter Terbang

Perunding/Ejen Hartanah : Siapakah dan apakah tanggungjawab mereka?Perunding hartanah adalah pekerja yang sah dilantik o...
03/08/2025

Perunding/Ejen Hartanah : Siapakah dan apakah tanggungjawab mereka?

Perunding hartanah adalah pekerja yang sah dilantik oleh Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent) dan perlu sentiasa berada di bawah kawal selia mereka. Ejen Hartanah Berdaftar perlu memastikan perunding hartanah tidak melakukan aktiviti transaksi melibatkan hartanah secara bebas tanpa kawalan.

Mengikut Malaysia Estate Agent Standard (MEAS), satu garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH), perunding hartanah perlu bekerja sepenuh masa dengan agensi dan perunding hartanah sambilan adalah tidak dibenarkan.

Perunding hartanah tidak dibenarkan melakukan aktiviti melangkaui batas kelayakan tugas mereka. Perunding hartanah perlu sentiasa melaporkan segala aktiviti kepada Prinsipal (Ejen Hartanah Berdaftar).

Bermula Mei 2014, Ejen Hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) di mana mereka dibekalkan dengan ID khas. Sekiranya berlaku sebarang salaah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat agen tersebut untuk di laporkan kepada LPPEH.

Apakah tugas asas Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah?


Perunding hartanah secara asasnya perlu memberi nasihat terbaik kepada penjual atau pemilik hartanah berkenaan harga pasaran hartanah selepas mereka merujuk kepada Penilai Berdaftar (Registered Valuer). Perunding hartanah juga perlu memberi penerangan jelas kepada pelanggan berkaitan proses transaksi dan undang-undang berkaitan. Perunding hartanah yang baik adalah mereka yang mampu merancangkan perjalanan proses pemasaran hartanah tersebut dan menjelaskannya kepada pemilik hartanah.



Perunding hartanah perlu melakukan proses pemasaran secara aktif terutamanya jika mereka dilantik secara eksklusif oleh pemilik hartanah dan sentiasa melaporkan perjalanan proses pemasaran tersebut kepada pemilik sehingga pembeli atau penyewa hartanah tersebut ditemui.



Kebiasaannya, perunding hartanah akan membantu semua yang terlibat dalam transaksi (pemilik, pembeli dan penyewa) untuk urusan permohonan pinjaman perumahan, mengesorkan peguam yang baik, dan menyiapkan perjanjian sewaan bagi kes-kes penyewaan hartanah. Jaringan (network) perunding hartanah sangat membantu untuk memudahkan urusan pelanggan.

Terima kasih kerana sudi membaca

-ST-
Selesaikan Tugas

Berikut artikel pendek berkaitan kekeliruan antara 1 ekar dan 1 hektar, sesuai untuk perkongsian media sosial atau blog ...
03/08/2025

Berikut artikel pendek berkaitan kekeliruan antara 1 ekar dan 1 hektar, sesuai untuk perkongsian media sosial atau blog hartanah:

⸻

Ramai Masih Keliru: 1 Ekar vs 1 Hektar

Dalam urusan jual beli tanah, tak pelik kalau pembeli atau pemilik sendiri masih keliru beza antara 1 ekar dan 1 hektar. Padahal dua-dua ini beza besar dari segi saiz – dan salah faham boleh jadi punca silap besar dalam rundingan harga!

🔍 Apa beza Ekar dan Hektar?

Bermakna, 1 hektar ≈ 2.47 ekar. Hektar jauh lebih besar.

🤯 Kesilapan biasa:

Ramai ingat 1 hektar tu sama atau lebih kecil dari 1 ekar sebab sebutan dia macam “hektar = hektik = kecil” (logik pelik tapi ramai percaya!). Hakikatnya, kalau anda beli tanah 1 hektar, itu hampir sama dengan 2 setengah lot banglo bersaiz 1 ekar.

📌 Kenapa penting tahu beza ni?
• Kalau tersilap faham masa beli atau jual, boleh rugi ratusan ribu ringgit.
• Penilaian hartanah, kos premium tanah, dan keluasan binaan semuanya bergantung pada unit yang betul.

Nak elak kekeliruan macam ni?
Lantik je ejen hartanah yang faham selok-belok tanah, macam Saharudin Tunggal — urusan tanah, geran, dan kira-kira semua settle!

-ST-
Sering Terkeliru

03/08/2025

Kenapa nak pening-pening kepala untuk jual hartanah?

Lantik je saya, Saharudin Tunggal untuk settlekan masalah anda.

Wasap/call 019-2027870 segera!

-ST-
Speed Turbo

03/08/2025



Nak jadi perunding hartanah? Jaminan REN Tag dari LPPEH pasti diberikan.

Hubungi saya segera. Wasap/call 019-2027870.

-ST-
Saku Tebal

Address

20, Jalan Badminton 13/29
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ST Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby realtors & realty services