02/11/2026
KAUNTER SPNB RMR DI KOMPLEKS KARAMUNSING DEKATI MASYARAKAT KOTA KINABALU
SPNB merakamkan penghargaan kepada pengunjung yang hadir ke Kaunter Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu, sepanjang 30 Oktober hingga 1 November 2026.
Sambutan yang diterima mencerminkan minat masyarakat untuk mendapatkan maklumat mengenai Program RMR serta memahami proses permohonan dengan lebih jelas.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Kompleks Karamunsing serta warga kerja SPNB yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pembukaan kaunter ini.
SPNB terus komited mendekati masyarakat bagi memperluas akses kepada maklumat dan peluang memiliki kediaman yang selesa.
“Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami”