GengHartanah.net

Call Directions Website Contact the business

GengHartanah.net Pakar perunding hartanah yang membantu merealisasikan urusan jual, beli, sewa, & khidmat rundingan lain yang berkaitan dengan hartanah.

"10 SEBAB JANGAN JUAL RUMAH SENDIRI" Jika tiada 10 sebab ni, maknanya anda boleh jual rumah sendiri. Berikut ini adalah ...
25/10/2016

"10 SEBAB JANGAN JUAL RUMAH SENDIRI"
Jika tiada 10 sebab ni, maknanya anda boleh jual rumah sendiri.
Berikut ini adalah kesimp**an yg dikumpulkan dari pengalaman seorang Ejen Hartanah senior, Hamizi Hamdan.
Banyak owner yg beliau jumpa mendedahkan alasan berikut sebab apa diaorg tak nak jual rumah sendiri.
Sebab-sebabnya adalah :-
1) Modal iklan mahal jika mahu banyak exposure.
2) Anda penat menjawab telefon dan ia mengganggu kerja hakiki anda.
3) Anda penat membawa pembeli tapi sebenarnya pembeli berkenaan tidak layak membeli.
4) Tidak terjual kerana harga jual terlalu mahal daripada harga pasaran, sebab anda tidak tahu bagaimana cara mendapatkan harga pasaran sebenar.
5) Anda terjual murah sangat atas sebab yang sama seperti no (4) di atas.
6) Anda ambil booking berbulan-bulan sudah tetapi belum juga sign S&P.
7) Apabila sudah menunggu berbulan-bulan baru tahu pembeli tadi tidak layak mendapat pinjaman bank.
8) Anda tidak pandai menapis pembeli yang layak.
9) Tiada tempoh masa mengikat anda dan pembeli jika tidak sign S&P.
10) Penantian yang lama mungkin sekali menyebabkan kerugian kepada anda sebanyak berpuluh ribu ringgit.
Gitulah ceritanya ...jika anda ada sebab nak jual rumah dan ingin bantuan Ejen Hartanah, sila isi borang online dibawah ini :-

https://genghartanah.typeform.com/to/f26nBg

https://genghartanah.typeform.com/to/f26nBg

https://genghartanah.typeform.com/to/f26nBg

Psstt...SHARE pada kawan2 yg nak plan jual rumah sendiri..



Antara yang menarik dalam intipati bajet 2017 berkaitan hartanah.
23/10/2016

Antara yang menarik dalam intipati bajet 2017 berkaitan hartanah.

KENAPA RUMAH ANDA SUDAH LAMA TIDAK TERJUAL?============================================.Geng, ada tak sesaper ada masala...
11/10/2016

KENAPA RUMAH ANDA SUDAH LAMA TIDAK TERJUAL?
============================================.

Geng, ada tak sesaper ada masalah macam kat atas ni?

Ini bukan rocket science. Tak payah masuk kelas bayar ribu-ribu nak tahu sebab rumah anda tidak terjual.
Kalau betul nak jual, ada dua saja sebab rumah anda boleh cepat jual. Pertama adalah harga diminta dan kedua adalah pendedahan kepada pasaran (iklan).
Jika anda letak harga sebiji "bom", jangan harap lah ada yang nak membeli. Nak bertanya pun pembeli dah geli.
Studylah market dulu. Berapa ramai orang jual, berapa harga orang lain jual dan berapa lama orang lain dah iklan?
Kalau dalam Taman Perumahan ada 40 orang menjual rumah yang lebih kurang sama dan rumah anda yang ke-39 paling mahal, maka tunggulah 38 rumah lain itu jual dahulu. Simple logic. Siapa nak beli mahal?
Kalau harga dah OK pun masih belum jual, terus kita check dekat mana iklan anda buat?
Ada berapa channel? mudah.my, iproperty, propertyguru, propwall, propsocial, signboard, banner, flyers dan ntah apa channel lagi dah buat?
Iklan satu tempat saja? Modal RM3? Itupun sekali iklan sebulan lepas? Tak pernah refresh? Iklan dah duduk bawah tak ada siapa tengok.
Kenapa tak nak spend duit iklan pelbagai channel? Macam mana orang nak tahu anda menjual? Oh kos iklan mahal, setakat nak jual sebiji rumah pergi buka akaun di sana-sini memang kelihatan membazir.
Tiada iklan tiada sales. Amacam? Masih nak jimat?
OK apa kata anda lantik Perunding Hartanah untuk handle penjualan rumah anda. Dari A sampai Z dia buat. Anda goyang kaki tunggu duit saja.
Kami di GengHartanah.net pun boleh handle. Whatsapp atau call di 013-3383038 kalau perlukan bantuan. Kalau kami bagi penerangan, insyaallah memang jelas sejelasnya. Bolehlah set appointment.
P/S:
Terima kasih kerana membaca habis iklan khidmat masyarakat ini. =)

"Ekonomi negara gawat bukan salah kita , ekonomi sendiri gawat 100% salah kita sendiri"Geng, biasa dengar tak ayat macam...
06/10/2016

"Ekonomi negara gawat bukan salah kita , ekonomi sendiri gawat 100% salah kita sendiri"

Geng, biasa dengar tak ayat macam kat atas ni??

Kalau nak ekonomi sihat, labur la dalam hartanah! Salah satu cara bangunkan ekonomi diri sendiri.

Insyaallah berbaloi =)

.net

05/10/2016

Khas untuk PEMILIK rumah di SHAH ALAM! Perkhidmatan ini disediakan oleh Perunding Hartanah Berdaftar

"GENG! KORANG ADA KER RUMAH BUMI LOT YANG NAK JUAL KEPADA NON-BUMI??"==================================================A...
05/10/2016

"GENG! KORANG ADA KER RUMAH BUMI LOT YANG NAK JUAL KEPADA NON-BUMI??"
==================================================

Apabila Perunding Hartanah mengetahui yang rumah yang hendak dijual adalah kepunyaan bumiputera dan mempunyai sekatan kepentingan yang memerlukan state consent untuk dijual dan dipindahmilik, biasanya mereka akan menasihatkan tuan rumah untuk menjual kepada bumiputera juga.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa. Mari kita rungkaikan.
PERKARA ASAS
1. Jika ada sekatan kepentingan, bolehkah tuan rumah bumi menjual kepada bukan bumi?
Jawapannya adalah boleh. Nak jual pada sesiapa pun boleh.
2. Mengapa ditegah menjual kepada bukan bumi?
Setelah anda menjual dan mengambil booking 10% anda pasti mahukan baki 90% dibayar dengan cepat. Tetapi memandangkan anda perlu mendapatkan state consent (tanggungjawab penjual), apabila keadaan ini berlaku (bumi kepada bukan bumi), ia akan mengambil masa yang sangat lama.
3. Berapa lama untuk dapat state consent?
Jika bumi menjual kepada bumi atau bukan bumi menjual kepada bumi (pendek kata yang membeli adalah bumi), ia secepat satu bulan (biasa).
Jika bumi menjual kepada bukan bumi, ia boleh jadi ditolak beberapa kali dan perlu melalui proses rayuan. Walaupun telah dirayu beberapa kali belum tentu diluluskan.
Kes yang paling lama pernah didengari adalah selama 2 tahun. Dan balasan terakhir daripada state adalah diarah tidak boleh dipindahmilik untuk 2 tahun mendatang.
4. Adakah cara tertentu untuk mendapatkan state consent jika bumi menjual kepada bukan bumi?
Ada. Si penjual sakit teruk dan memerlukan duit untuk rawatan (perlu dokumen sokongan) dan telah membuktikan tiada pembeli bumi yang ingin membeli (perlu sokongan iklan jualan). ---> boleh minta nasihat peguam. Tempoh masanya bukan juga sekejap kerana perlukan menunjukkan effort penjual.
5. Nampaknya sukar untuk bumi menjual kepada bukan bumi. Bagaimana kalau bumi jual kepada bumi adakah apa-apa risiko?
Satu-satunya risiko menjual dengan bumi adalah 'tidak dapat nak jual mahal'. Diketahui kuasa membeli bumi sangat lemah. Maka mereka sekadar membeli pada market value atau di bawah market value. Jarang sangat yang akan membeli di atas market value.
Nota:
Jika penjual bumi mahu juga menjual kepada bukan bumi dan pembeli sanggup menunggu, keseluruhan 10% booking akan disimpan oleh agensi (3.18%) dan peguam (6.82%) sehingga consent diterima (kalau 2 tahun pun kena simpan 2 tahun lah).
S&P yang ditandatangani adalah S&P bersyarat.
Dalam keadaan ini sanggupkah penjual mendapat 100% duit selepas tempoh yang lama sedangkan nilai hartanah telah meningkat?

P/S : Belajar sesuatu? Kongsikan kepada kawan-kawan lain kalau ya...

"GENG! NAK TAHU TAK 3 SEBAB KENAPA KENA SEMAK HARGA PASARAN RUMAH??"====================================================...
05/10/2016

"GENG! NAK TAHU TAK 3 SEBAB KENAPA KENA SEMAK HARGA PASARAN RUMAH??"
====================================================
Sebelum JUAL dan BELI rumah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah SEMAK HARGA PASARAN.
Kenapa perlu semak harga pasaran?
Sebab pertama. Untuk pemilik rumah, anda akan RUGI BESAR jika jual dibawah harga pasaran semasa.
Sebab kedua. Sebagai pembeli rumah p**a, anda akan RUGI BESAR jika beli diatas harga pasaran semasa.
Sebab yang ketiga. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA, disediakan oleh Perunding Hartanah Berdaftar dan seterusnya bantu anda jual dan carikan rumah harga yang berbaloi untuk anda.
Anda nak jual rumah? Semak harga PERCUMA di sini.

https://genghartanah.typeform.com/to/f26nBg

P/S : Jadilah kawan yang baik, SHARE kat diaorg juga...

"MITOS PEMBELI RUMAH TERJAWAB DISINI"Saya nak share satu statistik mengenai owner rumah.Dari 20 owner rumah sehari yang ...
05/10/2016

"MITOS PEMBELI RUMAH TERJAWAB DISINI"
Saya nak share satu statistik mengenai owner rumah.
Dari 20 owner rumah sehari yang hubungi saya utk semak harga rumah mereka untuk dijual.
Hanya 1 atau 2 owner sahaja yang setuju jual pada harga pasaran.
Yang selebihnya, mahu harga lebih dari harga pasaran.
Ni kisah benar....
Ada satu owner rumah ini saya pernah jumpa dan bincang. Dia dah cuba jual rumah sendiri dan iklankan kat mudah.my dah 3 bulan.
Soalan pertama saya tanya dia, siapa yang call you? Owner rumah ini berbangsa cina. Saya dah tahu jawapannya sebelum dia jawab.
Dia jawab, hanya ejen hartanah sahaja yang call dia. Takde buyer pun call. Sebab tu dia cari Ejen Hartanah p**a untuk tolong jualkan.
Kenapa begitu?
Pertama harga yang dia iklankan melebihi harga pasaran dan melebihi harga orang lain iklankan.
Sudah tentu, takde buyer yang akan call. Buyer akan call harga yang lebih murah.
Yang kedua, bila letak harga tinggi. Sudah tentu Ejen Hartanah akan call. Sebab apa?
Sebab Ejen Hartanah ni nampak owner ini betul-betul perlukan bantuan. Macam kita nampak orang susah dan nak bantu.
MITOS pertama ..buyer kata beli direct owner lebih murah.
So statistik ini buktikan bahawa beli direct owner lebih murah adalah MITOS sahaja.
Ejen Hartanah yang BAIK akan consult owner yang terlebih dahulu harga pasaran.
MITOS kedua yang mengatakan Ejen Hartanah itu mark-up menyebabkan harga mahal, itu tidak benar.
Itu kerja BROKER.
Ejen Hartanah hanya mengambil komisen yang dibenarkan oleh Lembaga Penilai, 3% dari harga yang dah dijual dan komisen ini dibayar oleh owner bukan buyer yang bayar.
Komisen ini adalah sebahagian dari harga jualan dan bukan tambahan. Sekali lagi, OWNER yg bayar. Bukan KOS tambahan buyer kena bayar.
Tidak dinafikan juga, ada Ejen Hartanah yang tidak BAIK atau tidak memahami harga pasaran.
Sebagai buyer, kita juga perlu kemahiran untuk menganalisa harga pasaran.
Dalam pasaran ada juga peluang dapat beli rumah murah dibawah harga pasaran.
Malah jika kita ada kemahiran tentang HARGA, kita boleh analisa kualiti Ejen Hartanah tersebut samada harganya bagus atau tidak.
Bukanlah semahir Valuer tetapi kita juga perlu ada cara yang mudah untuk kaji harga tersebut samada BERBALOI nak beli atau tidak.
Saya bukan sahaja mengajar REN mengenai harga, malah setiap kali berdepan dengan owner dan buyer saya mesti explain tentang kemahiran yang simple ini.
Kenapa saya berminat nak ajar REN? Sebabnya adalah nak Co-Agency senang. Harga mereka adalah harga yang berkualiti & bukan di atas harga pasaran.
Kemahiran yang sama, saya guna untuk analisa kualiti listing anak-anak buah saya dan REN agensi lain. Saya tahu tahap mana pemahaman mereka tentang pasaran hartanah. Malah saya boleh agak listing yang mana boleh jual atau tidak.
Sila follow FB Page InfoHartanah.com utk tahu lebih lanjut.
Nak pandai property, kenalah pandai HARGA dulu.
Lagi bagus kita analisa harga dahulu, sebelum cakap mahal atau tidak.
Ada sesiapa minat nak belajar?
Perkongsian dari FB Naz Abdullah Shoblee.
SHARE jika bermanafaat.

GENG! SERVIS PERCUMA!=====================Orang bijak kater, pelaburan paling menguntungkan ialah melabur carik ilmu...l...
04/10/2016

GENG! SERVIS PERCUMA!
=====================

Orang bijak kater, pelaburan paling menguntungkan ialah melabur carik ilmu...lepas dah ada ilmu nak kena buat aper?

BELI RUMAH LERRR!!

Apa kaitan plak??

Yer la, kalau dah berilmu tu...mesti la dah pandai buat duit...tak kisah la makan gaji ker buat business ker.

Dah pandai buat duit tu, nak letak mana p**ak?

Nampak?

Kalau agak-agak tak yakin boleh ker tak, layak ker tak, lepas ker tak loan tu...nak abam tolong kirakan....boleh kontek no abam kat bawah ni. FREE OF CHARGE.

P/S: Gambar semasa sambil merangka online form untuk bantu mana-mana pemilik rumah untuk semak harga pasaran secara PERCUMA. Boleh semak di link ni https://genghartanah.typeform.com/to/f26nBg




genghartanah.net
013-3383038

Address

Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GengHartanah.net posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to GengHartanah.net:

Shortcuts

Share

Category