FELDA Pemanis 01 - RASMI

Call Directions

FELDA Pemanis 01 - RASMI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA Pemanis 01 - RASMI, Real Estate, Segamat.

28/09/2026

SALAM TAKZIAH
Buat YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa dukacita, Pengurusan FELDA Wilayah Segamat merakamkan ucapan takziah kepada YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Semoga YABhg Tun sekeluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh hiba ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Sesungguhnya, segala yang datang daripada Allah SWT akan kembali kepada-Nya.

Salam takziah daripada seluruh warga FELDA Wilayah Segamat.

Al-Fatihah.

20/09/2026
🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌹Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azmi bin Ab R...
20/09/2026

🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azmi bin Ab Rahim, Pengetua SMK LKTP Pemanis, atas segala jasa, bakti, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah di bumi Pemanis.

Segala usaha, kerjasama dan kebaikan yang dicurahkan pastinya akan menjadi kenangan indah buat seluruh warga FELDA Pemanis 01.

Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta terus mencipta kejayaan di tempat baharu. 🀲🏻

β€œJasamu Dikenang, Budimu Disanjung.”

Ikhlas daripada,
Warga FELDA Pemanis 01
❀️ Pemanis 01, Legasi Satu Hati

πŸŒ™βœ¨ KARNIVAL MAULIDUR RASUL FELDA PEMANIS 01 2026 βœ¨πŸŒ™Insya-Allah, Karnival Maulidur Rasul Peringkat FELDA Pemanis 01 akan ...
12/09/2026

πŸŒ™βœ¨ KARNIVAL MAULIDUR RASUL FELDA PEMANIS 01 2026 βœ¨πŸŒ™

Insya-Allah, Karnival Maulidur Rasul Peringkat FELDA Pemanis 01 akan berlangsung pada 18 hingga 20 September 2026.

Pelbagai pengisian menarik bakal diadakan sepanjang karnival, dan kemuncaknya adalah Majlis Penutup pada 20 September 2026.

Ayuh seluruh warga FELDA Pemanis 01 bersama-sama memeriahkan dan menjayakan program ini. 🀲🏻❀️

Sama-sama kita semarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

πŸŒ™ Pemanis 01… Legasi Satu Hati. πŸŒ™



πŸ‡²πŸ‡Ύ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π—žπ—˜-𝟲𝟡 πŸ‡²πŸ‡ΎSemarakkan semangat kemerdekaan, satukan hati dan terus bina Malaysia yang ...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π—žπ—˜-𝟲𝟡 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semarakkan semangat kemerdekaan, satukan hati dan terus bina Malaysia yang sejahtera.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati. β€οΈπŸ’™

Warga FELDA Pemanis 01
Legasi Satu Hati

29/08/2026

Kemerdekaan bukanlah sebuah garis penamat.

Hari ini, merdeka bukan lagi tentang mengangkat senjata, tetapi tentang amanah untuk terus berjuang,
memelihara perpaduan dan membina masa depan.

Sebagai generasi pewaris, tugas kita meneruskan perjuangan para pejuang terdahulu.

Terus berkarya, terus berinovasi dan berganding bahu demi negara tercinta.

Dari bumi Pemanis 01, kami satukan tekad dan semangat.

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 bertemakan β€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ



07/07/2026
π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—‘π—˜π—₯π—’π—žπ—” & 𝟳𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π—™π—˜π—Ÿπ——π—” Hari ini kita bukan sekadar meraikan satu sambutan, tetapi menghargai s...
07/07/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—‘π—˜π—₯π—’π—žπ—” & 𝟳𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π—™π—˜π—Ÿπ——π—”

Hari ini kita bukan sekadar meraikan satu sambutan, tetapi menghargai segala jasa, pengorbanan dan semangat para peneroka yang telah menjadi tunjang kepada kejayaan FELDA sejak tahun 1956.

Semoga ulang tahun ke-70 ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuhkan perpaduan, memelihara legasi dan bersama melakar masa depan FELDA yang lebih gemilang.




πŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H πŸŒ™1 Muharram 1448H | 2026Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kedamaian, kesihata...
17/06/2026

πŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H πŸŒ™
1 Muharram 1448H | 2026

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kedamaian, kesihatan dan kejayaan buat kita semua.

Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri, memperkukuhkan ukhuwah serta melangkah dengan penuh harapan menuju kehidupan yang lebih baik.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H 🀲



Address

Segamat
85000

Telephone

+6079456475

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Pemanis 01 - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category