27/08/2026
Program Town Hall MPS bersama pemilik-pemilik kedai di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini
Terima kasih kepada pihak MPS bagi ruang dan peluang kepada agensi hartanah dan perunding hartanah untuk turut serta dalam acara seperti ini.
Sandakan mempunyai asas yang kukuh untuk berkembang dan berpotensi besar berbekalkan lokasi, sejarah tempatan, komuniti dan aset hartanah yang sedia ada untuk menarik pelabur dan menjadikan Sandakan bandar yang lebih aktif lagi.
Zarina berharap khidmat kami sebagai perunding hartanah mampu menjadi jambatan antara pemilik hartanah, pelabur, penyewa dan pihak berkepentingan supaya lebih banyak premis dapat dimanfaatkan dan mewujudkan peluang ekonomi yang lebih mapan.
Akhir kalam, marilah kita bersama menyokong usaha Pihak Berkuasa Tempatan kita di Sandakan.
MPS Memudah Cara, Sandakan Terus Maju: Ke Arah Menghidupkan Ekonomi Sandakan.
Perunding Hartanah Anda,
Zarina L.
REN60785
IQI Realty Sdn. Bhd.