25/12/2025
“Data tidak menipu. Taman Mas – Apartment Bertingkat Tinggi vs Kg Lombong – Teres Setingkat). Ini adalah pengiraan pulangan sewaan. Yang mana satu pilihan lebih bijak untuk tahun 2026?”
"High-Rise atau Landed? Mana satu 'Engineer Choice' untuk 2026?"
"Ramai tanya saya, mana lagi untung? Apartment kat Taman Mas ke, atau Teres Setingkat kat Kg Lombong?
Sebagai Engineer, saya tak tengok rupa, saya tengok Asset Performance.
Taman Mas (High-Rise): Pulangan/Hasil tinggi (boleh cecah 5%!). Sangat sesuai untuk 'Cash Flow'. Tapi ingat, maintenance fee kena kira sekali dalam bajet bulanan. Kalau lif rosak contoh, 'value' rumah boleh jatuh.
Kg Lombong (Landed): Pulangan/Hasil mungkin rendah sikit (sekitar 4%), tapi anda beli Tanah. Dalam jangka masa panjang, capital appreciation landed property biasanya lebih stabil. Sesuai untuk simpanan masa tua.
Kesimpulan: Kalau bajet bawah RM250k, Taman Mas adalah 'entry' yang bijak. Kalau ada modal lebih dan nak 'security' jangka panjang, Kg Lombong jawapannya.
Korang team mana? Team Cashflow atau Team Tanah? Komen kat bawah!
"