13/11/2026
PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA SERTA BACAAN SURAH AL-MULK DAN SURAH AL-KAHFI (AYAT 1–10) PERINGKAT IPD LUBOK ANTU
Lubok Antu, Sarawak (13 November 2026, Jumaat) – IPD Lubok Antu telah melaksanakan Program Solat Sunat Dhuha serta bacaan Surah Al-Mulk dan Surah Al-Kahfi (ayat 1–10) bertempat di Surau Al-Nazarene, IPD Lubok Antu, bermula jam 0830 hingga 0930 hrs.
Program tersebut telah disertai seramai 19 orang warga IPD Lubok Antu yang terdiri daripada seorang Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 18 orang Pegawai Rendah Polis (PRP). Solat Sunat Dhuha secara berjemaah telah dipimpin oleh L/Kpl. Muhammad Syahmi bin Nor Rashid dari Balai Polis Engkilili.
Antara pengisian program ialah solat Sunat Dhuha secara berjemaah, tazkirah ringkas mengenai kelebihan membaca Surah Al-Mulk serta bacaan Surah Al-Mulk dan Surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10.
Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan penghayatan rohani, memupuk nilai integriti, amanah dan disiplin serta mengukuhkan jati diri dan kesejahteraan emosi warga IPD Lubok Antu. Selain itu, program ini turut menggalakkan amalan membaca Al-Quran secara istiqamah dalam kehidupan seharian.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan memberi pengisian kerohanian yang bermakna kepada warga IPD Lubok Antu, di samping menyemai nilai-nilai murni serta membentuk persekitaran kerja yang harmoni dan diberkati.