20/07/2026
🏡 Alhamdulillah, Majlis Kesyukuran MS Homestay Balok 🤲
Syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki dan segala urusan yang dipermudahkan. Terima kasih kepada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat yang sudi hadir memeriahkan majlis kesyukuran sempena rumah ini.
Semoga rumah ini sentiasa diberkati, menjadi tempat yang membawa keselesaan kepada setiap tetamu, serta dimurahkan rezeki buat semua yang berkunjung. ❤️
📢 Insya-Allah, MS Homestay Balok akan mula dibuka untuk tempahan tidak lama lagi! Nantikan pengumuman rasmi daripada kami.
Terima kasih atas sokongan semua. Jangan lupa follow page ini untuk perkembangan terkini dan tarikh pembukaan rasmi. 😊