22/12/2025
𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗥𝘂𝗴𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗘𝗺𝗮𝘀
Kesilapan paling biasa bagi yang baru nak
mula menyimpan emas ialah beli barang kemas untuk tujuan simpanan. Itu sebenarnya satu kerugian. Harganya mahal, ada upah pembuatan dan kadar spreadnya tinggi, boleh mencecah 25-40%. Kalau beli untuk dipakai tak ada masalah. Tapi kalau beli sebab nak jana keuntungan, barang kemas bukan pilihan yang tepat. Untuk tujuan maksimumkan keuntungan dalam simpanan emas, pilih emas 999.9 dalam bentuk gold bar atau dinar, bukan rantai, gelang atau cincin.
Tapi jangan p**a main beli sebarang gold bar atau dinar. Anda perlu semak beberapa kriteria penting supaya belian anda betul-betul berbaloi. Kriteria pertama adalah harga per gram. Bandingkan dengan emas pelaburan
dengan harga kedai emas biasa. Emas pelaburan biasanya lebih murah 10-15% berbanding harga barang kemas. Tapi pastikan kira juga kos tambahan seperti upah cetakan dan caj penghantaran supaya tahu harga sebenar yang kita bayar.
Kriteria kedua ialah kadar spread. Spread ialah beza antara harga jual dan harga beli balik.
Lebih rendah kadar spread, lagi cepat anda boleh untung apabila harga emas naik. Untuk pelaburan yang baik, spread mesti di bawah 10%.
Ketiga, pastikan syarikat pengeluar tu mampu sediakan stok bila-bila masa, terutama waktu harga jatuh. Ramai pengeluar boleh jual bila harga tinggi, tapi bila harga jatuh, alasan mereka tak ada stok. Sedangkan waktu harga jatuh, itulah masa terbaik untuk beli emas dengan banyak. Public Gold antara pengeluar yang terbukti mampu supply tanpa had, walaupun harga tengah jatuh.
Keempat, pastikan syarikat tersebut ada cawangan jual beli yang banyak. Jika anda ingin beli atau jual balik emas kena memandu berjam-jam, itu dah kos tersembunvi. Public
Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan Indonesia, jadi urusan beli dan jual semula lebih mudah dan cepat.
Dan terakhir, semak syarat jual balik. Ada syarikat yang hanya beli balik kalau ada resit asal, seal tak rosak, atau emas masih elok.
Tetapi Public Gold beli balik walaupun seal terbuka atau calar, dengan spread tetap 6-9% bergantung kepada size emas tersebut.
Kesimp**annya, beli emas untuk maksimum keuntungan, jangan nilai dari satu sudut saja.
Lihat secara keseluruhan; harga, spread, stok, cawangan dan syarat jual balik. Itulah lima kriteria yang membezakan antara pembeli bijak dengan pembeli yang menyesal.
Bagi yang ingin memulakan simpanan emas bersama Public Gold, boleh HUBUNGI MM untuk MM bantu tuan/puan daftar sebagai ahli dan MM akan bimbing anda dalam cara dan langkah-langkah simpanan emas yang terbaik untuk anda. InsyaAllah.
😎✌🏻 Mahizan Musa
019-932 0737
Dealer Public Gold PG01850518