Seri Negara

Directions Website

Seri Negara A restored heritage building in KL, come explore its stories and architecture.

Lebih enam dekad berlalu, MA63 kekal sebagai antara dokumen penting dalam sejarah negara.Daripada lima pihak yang menand...
07/10/2026

Lebih enam dekad berlalu, MA63 kekal sebagai antara dokumen penting dalam sejarah negara.

Daripada lima pihak yang menandatanganinya hingga 11 Perkara yang terkandung di dalamnya, MA63 menyimpan pelbagai fakta di sebalik pembentukan Malaysia.

Sejauh mana kita mengenali perjanjian bersejarah ini?

Leret untuk menyingkap kisah di sebalik MA63 dan kunjungi Seri Negara untuk ketahui lebih banyak peristiwa penting pembentukan Malaysia.

—
More than six decades on, the Malaysia Agreement 1963 (MA63) remains one of the most significant documents in the nation’s history.

From the five parties who signed it to the 11 articles it contains, MA63 holds many stories and facts behind the formation of Malaysia.

But how well do we really know this historic agreement?

Swipe to uncover the stories behind MA63, and visit Seri Negara to discover more moments that shaped the formation of Malaysia.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Pemergian Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali merupakan kehilangan besar buat Mal...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Pemergian Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali merupakan kehilangan besar buat Malaysia. Almarhumah akan sentiasa dikenang atas jasa dan sumbangannya dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan negara, serta sifat rendah diri yang ditunjukkan sepanjang hayat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

—
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

The passing of Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali is a great loss to Malaysia. She will be remembered for her contributions to healthcare, welfare and nation-building, as well as her humility and grace throughout her life.

May Allah SWT forgive her, shower His mercy upon her soul and grant her a place among the righteous.

Our deepest condolences to YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad and the entire family.

Al-Fatihah.

Di tanah air ini, setiap langkah yang kita ambil, setiap harapan yang kita perjuangkan dan setiap perbezaan yang kita ra...
16/09/2026

Di tanah air ini, setiap langkah yang kita ambil, setiap harapan yang kita perjuangkan dan setiap perbezaan yang kita raikan menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia.

Semoga semangat kebersamaan ini terus kita warisi, pelihara dan bawa bersama dalam melakar masa depan negara yang kita cintai.

Selamat Hari Malaysia buat seluruh Anak Malaysia.

—
In this land we call home, every step we take, every hope we pursue, and every difference we celebrate becomes part of Malaysia’s journey.

May this spirit of togetherness continue to be passed down, cherished, and carried forward as we shape the future of the country we call home.

Happy Malaysia Day to all Malaysians.

16/09/2026

Di tanah air ini, setiap langkah yang kita ambil, setiap harapan yang kita perjuangkan dan setiap perbezaan yang kita raikan menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia.

Semoga semangat kebersamaan ini terus kita warisi, pelihara dan bawa bersama dalam melakar masa depan negara yang kita cintai.

Selamat Hari Malaysia buat seluruh Anak Malaysia.

—
In this land we call home, every step we take, every hope we pursue, and every difference we celebrate becomes part of Malaysia’s journey.

May this spirit of togetherness continue to be passed down, cherished, and carried forward as we shape the future of the country we call home.

Happy Malaysia Day to all Malaysians.

Sempena Hari Malaysia ini, pintu Seri Negara dibuka khas untuk anda mengimbau perjalanan negara di bangunan bersejarah i...
14/09/2026

Sempena Hari Malaysia ini, pintu Seri Negara dibuka khas untuk anda mengimbau perjalanan negara di bangunan bersejarah ini daripada era pra-Merdeka sehingga terbentuknya Malaysia.

Datang terus tanpa perlu janji temu dan terokai dengan santai mengikut keselesaan anda. Sertailah kami pada 16 September ini.

—
This Malaysia Day, step into Seri Negara to explore the historic home that witnessed our nation’s journey, from pre-Merdeka to the birth of Malaysia.

Simply walk in for a self-guided visit at your own pace, with no advance booking required. Join us this 16 September.

M-A-L-A-Y-S-I-ALapan huruf yang meniti di bibir, sebuah nama yang diungkap dengan penuh rasa bangga. Di sebaliknya, ters...
09/09/2026

M-A-L-A-Y-S-I-A

Lapan huruf yang meniti di bibir, sebuah nama yang diungkap dengan penuh rasa bangga.
Di sebaliknya, tersimpan kisah yang bermula sebelum kemerdekaan dan akhirnya menjadi nama sebuah negara.

Mari kenali kisah di sebalik nama tanah air tercinta yang menjadi sebahagian daripada identiti dan jati diri kita.

—
M-A-L-A-Y-S-I-A

Eight letters that carry an immense sense of pride. Long before it defined our borders on a map, the name was already taking root in our history and shaping the very identity of the nation we know today.

Discover the story behind the name of our homeland, and the stories that continue to define who we are.

Setiap tahun kita mendengar laungannya sama ada di kaca TV, radio, dan kini memenuhi media sosial sebagai hashtag.Tapi p...
31/08/2026

Setiap tahun kita mendengar laungannya sama ada di kaca TV, radio, dan kini memenuhi media sosial sebagai hashtag.

Tapi pernahkah kita terfikir dari mana datangnya perkataan "Merdeka", dan bagaimana maknanya berubah sehingga membawa erti yang kita kenali hari ini?

Jauh sebelum laungan "Merdeka" bergema di seluruh pelusuk negara, perjalanan memerdekakan ibu pertiwi telah direncana di sebalik dinding Seri Negara. Kisah ini wajar dikenang, supaya makna "Merdeka" lebih dihayati.

Kunjungi Seri Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk menyingkap lebih banyak kisah pembentukan negara.

—
Every year, we hear it echoed on television, over the radio, and across our feeds.

Yet, few stop to ask where the word "Merdeka" actually came from, or how its meaning shifted to shape an entire country.

Long before "Merdeka" resonated in every corner of the land, the blueprint for our nation's freedom was crafted at Seri Negara. A chapter of our history truly worth reflecting on.

Explore Seri Negara and Bangunan Sultan Abdul Samad to discover the journey behind our shared legacy.

Raikan Hari Kemerdekaan di salah satu tempat bermulanya sejarah pembentukan negara kita. Bersempena Hari Kemerdekaan ini...
28/08/2026

Raikan Hari Kemerdekaan di salah satu tempat bermulanya sejarah pembentukan negara kita.

Bersempena Hari Kemerdekaan ini, Seri Negara akan dibuka secara PERCUMA pada 31 Ogos (Isnin) untuk orang ramai.

Terokai detik-detik bersejarah dan kenali tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembentukan tanah air.

Kunjungan walk-in dialu-alukan, tertakluk kepada kapasiti pengunjung mengikut garis panduan galeri yang ditetapkan.

Layari serinegara.my untuk maklumat lanjut.

—
Join us this Merdeka Day at the birthplace of our nation's story.

In conjunction with Hari Kemerdekaan, Seri Negara will open its doors to the public FREE of charge on Monday, 31 August.

Explore historic moments and discover the figures who shaped the formation of our nation.

Walk-in visits are welcome, subject to capacity in accordance with gallery visitor guidelines.

Visit serinegara.my for more information.

Kita mendengarnya pada setiap masa sama ada di sekolah, di stadium atau semasa sambutan Merdeka. Namun, tidak ramai yang...
21/08/2026

Kita mendengarnya pada setiap masa sama ada di sekolah, di stadium atau semasa sambutan Merdeka. Namun, tidak ramai yang mengetahui kisah di sebalik dendangan lagu ini.

Leret untuk menelusuri bagaimana Negaraku tercipta, dan kunjungi Seri Negara untuk meneroka lebih banyak kisah tersembunyi tentang sejarah negara kita.

—
We hear it at every Merdeka celebration, in schools, and at stadiums. But few know about its voyage.

Swipe through to uncover how the 'Negaraku' came to be, and visit Seri Negara to explore more hidden chapters of our history.

Meneruskan warisan di Seri Negara.Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan DYMM Paduka S...
17/08/2026

Meneruskan warisan di Seri Negara.

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bercemar duli berangkat ke lawatan rasmi di Seri Negara. Keberangkatan Baginda diiringi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, YTM Raja Dato' Seri Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, kerabat-kerabat diraja serta Orang Besar-Orang Besar Perak.

Lawatan diraja ini mengimbau ikatan sejarah yang amat bermakna buat kami. Pada tahun 1957, DYMM Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke-32) bersama Raja-Raja Melayu telah berkumpul di sini untuk menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Dokumen bersejarah inilah yang telah membuka jalan ke arah kemerdekaan yang kita rasai hari ini. Setelah beberapa dekad, Seri Negara sekali lagi menjadi saksi bersejarah dengan kunjungan rasmi DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Menjunjung kasih Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja atas limpah perkenan bercemar duli berangkat ke Seri Negara. Ini merupakan detik yang amat bermakna buat kami.

Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku.

Leret untuk lihat lawatan diraja ini.

Address

Persiaran Tuanku Ja’afar
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seri Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category