NADI PPR Sri Pantai

Directions Website Contact the business

NADI PPR Sri Pantai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif SKMM.

Projek ini dilaksanakan melalui Celcom di bawah Program Pemberian Sejagat dengan fokus untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk kawasan bandar.

PESTA KOMUNITI SAINS UNIVERSITI MALAYA DI PPR SERI PANTAI18 Oktober 2026 – Program Pesta Komuniti Sains telah berlangsun...
18/10/2026

PESTA KOMUNITI SAINS UNIVERSITI MALAYA DI PPR SERI PANTAI

18 Oktober 2026 – Program Pesta Komuniti Sains telah berlangsung dengan jayanya di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur. Program anjuran Universiti Malaya ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai, MPP WP Sub 4 Lembah Pantai, KRT PPR Seri Pantai, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Lembah Pantai, Panel Penasihat NADI Lembah Pantai serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohammed Fadzil yang telah menyempurnakan perasmian program serta meluangkan masa melawat reruai pameran yang disediakan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan komuniti setempat, di samping memupuk minat terhadap ilmu sains serta memperluas akses masyarakat kepada aktiviti berteraskan pendidikan, inovasi dan teknologi.


17/10/2026

📱 NADI MEMBER APP KINI BERWAJAH BAHARU!

Lebih mudah, lebih menarik dan lebih banyak ganjaran untuk anda!

Kini, pelbagai kemudahan dan perkhidmatan NADI boleh diakses terus melalui aplikasi NADI MEMBER.

✨ Apa yang menarik?
👤 Daftar sebagai ahli NADI dengan mudah
📍 Cari lokasi NADI berdekatan anda
💻 Buat tempahan komputer di NADI
📚 Terokai dan daftar program NADI
❤️ Semak rekod saringan kesihatan
🎁 Kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah menarik!

Belum jadi ahli NADI? Tak perlu tunggu lagi! Daftar sendiri terus melalui aplikasi.

📲 Muat turun atau kemas kini NADI MEMBER APP sekarang!

🍎 App Store (iOS)
https://apps.apple.com/my/app/nadi-member/id6753041480

🤖 Google Play (Android)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nadi.nadi_member_2

🌐 Ketahui lebih lanjut di https://nadi.my/

11/10/2026
11/10/2026

Alhamdulillah. Terima kasih kepada komuniti yang sentiasa memberikan sokongan, menyertai program dan menggunakan perkhidmatan di NADI.

Sedikit sedutan dari Buletin Utama TV3 semalam mengenai Belanjawan 2027 dan inisiatif Keusahawanan yang di tawarkan di NADI di seluruh Malaysia.

Selain menawarkan kelas-kelas keusahawan secara dalam talian, usahawan yang ingin berniaga secara Live di TikTok juga boleh berkunjung ke NADI PPR Seri Pantai untuk menggunakan kemudahan NADI Creators Club.




Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan,EKSPLORASI JEJAK WARISAN KAMPONG BHARUMaklumat program adalah seperti beri...
10/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan,

EKSPLORASI JEJAK WARISAN KAMPONG BHARU

Maklumat program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
🕢 Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang
📍 Tempat: Laman Kampong Bharu @ Pusat Komuniti Kampong Bharu

Program anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dengan kerjasama Kelab Rekreasi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (KRPKB) ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Pertandingan Eksplorasi Jejak Warisan Kampong Bharu, Best Photo Explorace, Best Video Explorace, Busana Melayu Kreatif dan Pertandingan Mewarna serta menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada para pemenang.

Terima kasih.

09/10/2026

Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, secara langsung di NADI seluruh negara.

📅 Jumaat, 9 Oktober 2026
⏰ 3.30 petang
📍 NADI seluruh negara

Jom Singgah ke NADI berhampiran dan ikuti pembentangan Belanjawan 2027. 🇲🇾

Webinar Gerak Gempur SPM: Matematik – Tips Skor AMaklumat WebinarTarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)Masa: 2.30 petang hingga ...
26/09/2026

Webinar Gerak Gempur SPM: Matematik – Tips Skor A

Maklumat Webinar
Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Sasaran: Murid Tingkatan 4 & 5
Platform: Atas talian (online)

Sila hadir ke NADI untuk mendaftar.

🚀 eKELAS: KLINIK SPM eKELAS Sesi PengenalanAnda dah bersedia untuk SPM? Nak score SPM, tapi masa dah suntuk?Sertai Klini...
25/09/2026

🚀 eKELAS: KLINIK SPM eKELAS Sesi Pengenalan

Anda dah bersedia untuk SPM? Nak score SPM, tapi masa dah suntuk?

Sertai Klinik SPM eKelas untuk persediaan mantap menghadapi peperiksaan! Ketahui bagaimana program ini membantu anda menguasai 8 subjek utama demi mencapai keputusan SPM yang cemerlang.

Antara yang akan dikongsikan & didapati:
✅ Kuasai teknik menjawab soalan SPM
✅ Latih tubi soalan model SPM
✅ Tingkatkan kemahiran KBAT
✅ Kenal pasti & baiki kesilapan utama
✅ Bina keyakinan & strategi pengurusan masa
✅ Kemudahan kelas PERCUMA, secara ONLINE

📅 Tarikh: Sabtu, 26 September 2026
🕓 Masa: 4.00 petang – 4.45 petang
💻 Platform: Secara dalam talian (Hadir ke NADI)
🎁 Cabutan bertuah menanti anda!

Penyertaan adalah PERCUMA! Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan gred SPM anda.

Daftar sekarang di NADI PPR Seri Pantai!

🚀 eKELAS USAHAWAN: SESI PENGENALAN BERSAMA KOMUNITIMahukan strategi yang lebih berkesan untuk memasarkan produk dan meng...
25/09/2026

🚀 eKELAS USAHAWAN: SESI PENGENALAN BERSAMA KOMUNITI

Mahukan strategi yang lebih berkesan untuk memasarkan produk dan mengembangkan perniagaan?

Jom sertai Sesi Pengenalan Bersama Komuniti eKelas Usahawan. Kenali program pembelajaran yang direka untuk membantu usahawan menguasai pemasaran digital dan menggunakan AI secara praktikal.

Antara yang akan dikongsikan:

✅ Pengenalan program eKelas Usahawan
✅ Modul dan aktiviti pembelajaran
✅ Jadual kelas dalam talian dan bootcamp fizikal
✅ Manfaat yang bakal diterima peserta
✅ Sesi soal jawab bersama pasukan program

🎁 Hadiah menarik menanti anda dalam sesi ini!
Hadir ke NADI untuk menyertai salah satu dari 3 sesi ini.

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada komuniti usahawan 18 tahun ke atas yang ingin membawa perniagaan ke tahap seterusnya.

Alhamdulillah. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.  Ayuh sertai banyak lagi program-program di NADI ...
18/09/2026

Alhamdulillah. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya. Ayuh sertai banyak lagi program-program di NADI yang akan datang.

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
🏆 60,379 PESERTA
📍 1,099 NADI
🇲🇾 Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. 🇲🇾

Address

BLOCK 100 PPR SERI PANTAI
Kuala Lumpur
59200

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:30
14:45 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Sri Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI PPR Sri Pantai:

Shortcuts

Share

Category

Nearby realtors & realty services