27/10/2026
Apakah nilai yang kita bawa ketika menjalankan tanggungjawab?
Dato' Ku Jaafar Ku Shaari berkongsi konsep AZAN sebagai panduan dalam memimpin dan melaksanakan tugas:
🔹 A — Adhere: Patuh kepada ajaran, prinsip, peraturan dan undang-undang.
🔹 Z — Zeal: Membawa semangat dan kesungguhan dalam setiap tugasan.
🔹 A — Ability: Memperkukuh kemampuan melalui ilmu, sumber, kesabaran dan ketenangan.
🔹 N — Nobility: Mengamalkan sifat rendah diri, ikhlas dan jujur.
Empat nilai ini mengajak kita menilai cara kita bekerja, memimpin dan berurusan dengan orang lain.
Nilai manakah yang anda mahu perkukuh dalam diri?