29/10/2026
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa abang saya yang dikasihi, Allahyarham Khairul Anuar bin Mohd Latif, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada semua ahbab dan sahabat agar dapat menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah serta mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, keampunan dan kebahagiaan buat Allahyarham di dunia akhirat, serta memberikan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.
Amin ya Rabbal ‘alamin.