02/02/2022
1. MASA DAFTAR MASUK (CHECK IN) & DAFTAR KELUAR (CHECK OUT)
•Masa daftar masuk (check in): 2.00pm
• Masa daftar keluar (check out): 12.00pm
• Kunci boleh diambil pada jam 2.00 petang pada tarikh check in.
Sila patuhi waktu masuk (check in) dan waktu keluar check-Out) yang telah dipilih semasa membuat tempahan.
Check in awal atau check out lewat dari masa yang telah ditetapkan akan dikenakan bayaran sebanyak RM50. Jika Check out lewat selepas pukul 5.00 petang, bayaran PENUH akan dikenakan
[Pelanggan yang berhasrat untuk daftar masuk atau daftar keluar selain dari masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara pihak kami dan aturan keluar masuk pelanggan lain]
2. •BAYARAN HOMESTAY DAN ‘SECURITY FEES’•
Setiap pelanggan yang berhasrat untuk menginap di HomestayCikNaa perlu menjelaskan bayaran penuh termasuk ‘security fees’ kepada pihak kami sewaktu daftar masuk berjumlah RM100. Caj pada ‘Security Fees’ akan dikenakan jika terdapat kekotoran dan kerosakan di homestay.
3. TEMPAHAN, PEMBATALAN DAN PINDAAN TARIKH
Sebarang tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi pihak kami dan kami akan menerima tempahan tersebut bergantung kepada kekosongan pada tarikh yang ditempah. Pembayaran perlulah dilakukan semasa tempahan dan resit online tranfer.
Sebarang pembatalan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya TUJUH (7) hari sebelum tarikh kemasukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran deposit tidak akan dipulangkan.
Sebarang perubahan tarikh oleh pelanggan hendaklah bergantung kepada budi bicara dan kekosongan HomestayCikNaa.
4. BARANGAN DI DALAM HOMESTAY
Semua peralatan dan perabot di HomestayCikNaa ini merupakan hak milik homestay ini. Sila gunakan dengan dengan berhemah untuk kesenangan bersama.
Pastikan semua suis alatan elektrik ditutup sekiranya anda tiada di dalam homestay atau tidak digunakan.
Dilarang mengubah atau mengalihkan perabot yang terdapat di dalam homestay ini dan kebersihan homestay hendaklah di jaga sepanjang masa.
Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan homestay ini akan dinilai dan hendaklah diganti oleh pelanggan.
Sila semak harga peralatan dan perabot yang terdapat di dalam homestay kami seperti mana yang tertera di belakang pintu utama.
Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera kepada pemilik Pn.Hasanah Asari.
5. PENGGUNAAN DAPUR
Peralatan yang disediakan di dapur boleh digunakan oleh pelanggan.
Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.
6. SYARAT – SYARAT LAIN
Barangan – barangan terlarang seperti senjata api, bahan letupan, dadah, g***a, syabu dan lain - lain yang dilarang oleh Pihak Berkuasa tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam homestay.
Pastikan kenderaan anda diletakkan dalam keadaan berhemah tanpa menganggu lalu lintas.
Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
Segala barangan peribadi anda adalah atas tangungjawab anda sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barang berharga sepanjang anda menginap di sini.
Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.
• Sebarang aktiviti perlakuan jenayah, penyalahgunaan dadah, penyebaran ajaran sesat adalah dilarang sama sekali di homestay kami.
• Pihak pengurusan Homestay berhak mengarahkan penghuni keluar serta merta sekiranya didapati berlakunya sebarang perkara yang dilarang dan tidak diingini.
• Binatang peliharaan tidak dibenarkan dan dibawa masuk dalam homestay
•
• Pihak pengurusan Homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kejadian yang tidak diingini berlaku/kemalangan/kehilangan barang berharga sepanjang penginapan.
• Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa anda menginap di homestay kami.
• Jika anda keluar meninggalkan homestay atau tidur pada waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
• Semua suis elektrik/bekalan air hendaklah dimatikan selepas digunakan.
• Penghuni digalakkan mematikan semua suis termasuk suis kipas/lampu/air-cond dll apabila meninggalkan homestay.
• Tetamu yang menginap di homestay kami, dilarang sama sekali merosakan atau mengambil barangan dan peralatan yang disediakan. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kehilangan kepada pihak polis.
• Sila buang semua bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.
• Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah di larang di dalam rumah.
• Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal serta pastikan keadaan homestay berada dalam keadaan baik sebelum anda check-out.
Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di homestay ini adalah 12 ORANG kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut pihak kami hanya membenarkan maximum 16 ORANG. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak membenarkan rombongan tetamu yang ingin menginap melebihi jumlah tersebut kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah keselesaan dll.
NOTIS
PIHAK PENGURUSAN HOMESTAY CIKNAA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.
TERIMA KASIH KERANA MEMILIH KAMI,SEHINGGA BERJUMPA LAGI!!🥰