Azuandy Aradi

Call Directions Website Contact the business

Azuandy Aradi Entraprenuer at www.AzuandyAradi.com

Azuandy Aradi merupakan seorang Usahawan Hartanah yang menjalankan pelaburan hartanah dengan pelbagai segmen dan di antaranya adalah Sublet dan Bilik Sewa sehingga kini masih memberi perkhidmatan hampir 100 ratus penyewa dalam satu masa.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”Pada 2 Ok...
05/10/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”

Pada 2 Oktober 2026, ibu yang kami sayangi, Allahyarhamah Zubidah Binti Ab Hamid, telah kembali ke rahmatullah.

Masih terasa seperti mimpi kehilangan seorang insan yang selama ini sentiasa ada dalam hidup kami. Banyak kenangan, pengorbanan dan kasih sayang ibu yang tak mungkin dapat kami balas.

Saya dan seluruh keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara-mara, sahabat, jiran tetangga, pihak surau serta semua yang hadir menziarahi, membantu menguruskan jenazah, menunaikan solat jenazah, mengiringi ibu ke tempat persemadian dan mendoakan arwah.

Terima kasih juga kepada yang tidak dapat hadir tetapi mengirimkan doa, ucapan dan kata-kata semangat kepada kami sekeluarga. Setiap kebaikan kalian amat kami hargai.

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf bagi pihak arwah ibu sekiranya sepanjang hayatnya ada salah dan silap, terkasar bahasa atau ada perkara yang tidak disengajakan.

Mohon terus sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat ibu saya.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmatinya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Terima kasih untuk segalanya, ibu.
Kasih dan pengorbanan ibu akan sentiasa hidup dalam ingatan kami.

Al-Fatihah. 🤲

Macam tak percaya!Last minit event kurang dari 30 hari!Bila tengok stage ni dah siap, aku terdiam sekejap.Bukan sebab se...
28/08/2026

Macam tak percaya!

Last minit event kurang dari 30 hari!

Bila tengok stage ni dah siap, aku terdiam sekejap.

Bukan sebab semuanya dah sempurna. Tapi sebab aku tahu, untuk sampai ke tahap ni, banyak benda yang aku sendiri kena belajar dari kosong.

Dari idea, planning, cari vendor, setup tapak, sound system, lighting dan macam-macam lagi. Bila kita mula buat sesuatu yang baru, memang akan ada benda yang kita tak tahu.

Tapi sebagai seorang usahawan, aku percaya satu benda:

Tak perlu tunggu pandai baru nak mula. Mula dulu, belajar sepanjang perjalanan.

Mungkin event ni bukan yang paling besar. Tapi bagi aku, ini adalah satu langkah baru untuk Bites Fest di Cakop Place.

Doakan semuanya berjalan lancar.
First event, first experience, but definitely not the last. 🚀

Jom orang Pasir Gudang semua hadir bersama keluarga.

Lokasi di berhadapan Politeknik Ibrahim Sultan bersebelahan Petron Cahaya Masai

Bila Brand Besar Pun Akhirnya Ikut Apa Yang Orang Lain Dah Buat Lama…Tengok kiosk Sushi King ni!Nampak kemas. Nampak pre...
21/08/2026

Bila Brand Besar Pun Akhirnya Ikut Apa Yang Orang Lain Dah Buat Lama…

Tengok kiosk Sushi King ni!

Nampak kemas. Nampak premium. Konsep grab-and-go, display makanan yang menarik, branding kuat dan memang sesuai dengan konsep mall sekarang.

Tapi ada satu benda yang menarik perhatian aku…

Konsep macam ni sebenarnya bukan benda baru.

Brand-brand lain dah lama buat kiosk sebegini. Cuma bila brand besar mula buat, tiba-tiba nampak macam satu inovasi baru. 😄

Dan bagi aku, dekat sinilah ada satu pengajaran besar dalam bisnes.

Jangan terlalu sibuk nak jadi yang pertama.

Kadang-kadang kita dah buat sesuatu dulu, orang tak pandang.

Kita buat kiosk — orang kata biasa.

Kita buat konsep baru — orang kata takkan jalan.

Kita cuba sesuatu yang lain — orang tunggu tengok dulu.

Kemudian bila syarikat besar buat benda yang hampir sama…

Barulah orang nampak.

Sebenarnya dalam bisnes, bukan siapa yang pertama semata-mata.

Yang penting ialah siapa yang konsisten, siapa yang mampu scale dan siapa yang tahu masa yang tepat untuk masuk.

Jadi kalau hari ini ada orang tiru idea kita, jangan cepat marah.

Mungkin itu tanda idea kita memang ada nilai.

Dan kalau kita nampak brand besar buat sesuatu yang kita dah buat bertahun-tahun…

Jangan rasa kecil.

Kadang-kadang kita bukan lambat. Kita cuma terlalu awal.

Baru ambil kunci dari penjual nak handover pada pembeliNanti kita buat copywriting sikit dekat next postingShare sikit p...
18/08/2026

Baru ambil kunci dari penjual nak handover pada pembeli

Nanti kita buat copywriting sikit dekat next posting

Share sikit perjalanan jual proses jual beli ni

Antara loan LPPSA ke LPPSA

Penjual dan Pembeli keduanya loan Gomen

Sisi gelap Hartanah!Saya nak kongsikan sisi gelap hartanah tapi sebelum itu mohon jangan share posting ini.Sebagai orang...
13/08/2026

Sisi gelap Hartanah!
Saya nak kongsikan sisi gelap hartanah tapi sebelum itu mohon jangan share posting ini.

Sebagai orang di luar kasut kita akan berfikiran bestnya ada hartanah lebih dari satu

Sign SPA, tunggu beberapa bulan (untuk subsale unit), atau tunggu 2-3 tahun untuk unit baru, dapat kunci dan sewakan

Bayaran sewa cover bulanan hartanah.

Mudah kan?

Senyum dan yakin perkara ni boleh buat berulang kali sampai ada beberapa buah hartanah

Tapi hakikatnya ramai terlupa satu perkara.

Pernah terfikir jika hartanah aku tak boleh di sewakan untuk tempoh

3 bulan, 6 bulan atau lebih 12 bulan

Jika hartanah tersebut bulanan bayaran bank RM6,500

RM6,500 x 12 bulan = RM39,000

Itu jika 6 bulan tiada siapa yang hendak sewa

Tapi jika 12 bulan?

Anda kira sendiri

Ini belum masuk lagi cukai tanah, cukai pintu dan Indah Water

Itu la nilai KERUGIAN yang kita perlu ambil kira jika perkara ini berlaku

Jadi nasihat kecil saya JANGAN!

JANGAN beli hartanah sama ada untuk melabur atau digunakan sendiri jika itu la duit yang cukup-cukup untuk di gunakan untuk perbelanjaan harian.

JANGAN ikut orang bagi nak nampak kita hebat

JANGAN beli selagi tiada ilmu yang cukup tentang hartanah dan kewangan

JANGAN ikut perasaan dan emosi tapi ikut keputusan ada nombor yang nyata

JANGAN paksa jika anda tak mampu

Lebih baik fikir yang pahit dahulu sebelum yang manis²

Akhir kata saya!

ILMU tanpa Tindakan ianya adalah sia²

Azuandy Aradi
Usahawan Hartanah Cap Ayam

Meraikan sahabat GRR southern berkumpul borak², kopi² and sharing dengan gembiraWalaupun sekarang agak kurang kelihatan,...
03/08/2026

Meraikan sahabat GRR southern berkumpul borak², kopi² and sharing dengan gembira

Walaupun sekarang agak kurang kelihatan, insya Allah masih ada dalam circle hartanah

Cuma tak berapa nak show off sangat

Cukup sekadar hidup dengan tenang² 🤭

Semoga anda semua mampu dan layak memiliki bilik sewa 500 dan ke atas

Kuatkan momentum pemilikan hartanah bumiputera

Beli je lepas tue baru fikir nak buat mcm mana 😂

Terima kasih KLS Shila Kls dan Dato Ahyat Ishak sudi meluangkan masa jelajah ke selatan

Kita berborak santai sambil ngopi bercerita hartanah Johor bersama Dato Ahyat IshakMana kawasan laku keras sewa bersama ...
28/07/2026

Kita berborak santai sambil ngopi bercerita hartanah Johor bersama Dato Ahyat Ishak

Mana kawasan laku keras sewa bersama Shila KLS

Adakah dengan wujudnya data center di Johor ni membantu permintaan hartanah lebih tinggi?

Adakah bangsa Johor kadar gaji purata minima akan naik ke RM3000 sebulan?

02/07/2026

Rumah comot harga murah

30/06/2026

Rumah busuk ada peminat dia ke?

22/06/2026

Nak jual rumah ni belum tentu nak beli tapi…

Address

Kampong Sungai Rinting

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azuandy Aradi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azuandy Aradi:

Shortcuts

Share

Category