Najib Mohamed

Call Directions Website Contact the business

Najib Mohamed Sahabat Hartanah Anda
E3232 | Principal | Registered Estate Agent
ERA Realtor Sdn Bhd

Terfikir nak beli atau jual rumah di Johor tahun ini? Dengar cerita harga rumah tengah meroket sebab projek RTS Link (si...
08/07/2026

Terfikir nak beli atau jual rumah di Johor tahun ini?

Dengar cerita harga rumah tengah meroket sebab projek RTS Link (siap 2026) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)!

Tapi... adakah ini masa terbaik untuk melabur atau ia sekadar 'hype'?

Dan paling penting, mampukah orang tempatan beli rumah di JB selepas ini?

Link artikel di ruangan komen.

Adakah anda rasa harga rumah di JB sekarang masuk akal? Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

22/06/2026

Lantikan ramai ejen atau Eksklusif? Mana satu yang berbaloi?

𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐑𝐄𝐀, 𝐏𝐄𝐀 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐍? 𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚! Bila nak beli, jual, atau sewa rumah, pasti anda akan...
15/06/2026

𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐑𝐄𝐀, 𝐏𝐄𝐀 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐍? 𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚!

Bila nak beli, jual, atau sewa rumah, pasti anda akan berurusan dengan ejen hartanah. Tapi, tahukah anda apa perbezaan ketiga-tiga status ini di sisi Akta 242 dan Piawaian Agensi Hartanah Malaysia?

Jom kita fahamkan supaya anda tahu dengan siapa anda sedang berurusan! 👇

𝟏. 𝐑𝐄𝐀 (𝐑𝐞𝐠𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐄𝐬𝐭𝐚𝐭𝐞 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐭 / 𝐄𝐣𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫)
Siapa mereka? Ini adalah pangkat yang paling tinggi. REA adalah ejen berdaftar yang namanya telah didaftarkan secara sah di bawah Bahagian III Daftar (Register) oleh Lembaga (LPPEH) dan telah menerima Sijil Perakuan Amalan (Authority to Practice).

Kuasa & Kelayakan: Mereka wajib berumur 21 tahun ke atas, lulus peperiksaan, melepasi penilaian kompetensi profesional, dan mempunyai perwatakan yang baik.

Paling penting, hanya REA yang berhak membuka dan menguruskan firma agensi hartanah sendiri.

Tanggungjawab: Merekalah bos yang bertanggungjawab penuh menggaji, memantau, dan menyelia tindakan PEA dan REN di bawah firma mereka.

𝟐. 𝐏𝐄𝐀 (𝐏𝐫𝐨𝐛𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐫𝐲 𝐄𝐬𝐭𝐚𝐭𝐞 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐭 / 𝐄𝐣𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐛𝐚𝐚𝐧)
Siapa mereka? PEA adalah calon ejen hartanah yang telah berjaya lulus peperiksaan profesional dan didaftarkan di dalam Daftar Calon Percubaan (Register of Probationers).

Status: Secara mudahnya, mereka sedang dalam fasa "latihan praktikal" (practical experience). Mereka sedang mengumpul pengalaman dan perlu lulus Ujian Kompetensi Profesional (TPC) sebelum disahkan sepenuhnya menjadi seorang REA.

Cara Bekerja: Mereka wajib bekerja di bawah arahan dan penyeliaan rapi seorang REA pada setiap masa.

𝟑. 𝐑𝐄𝐍 (𝐑𝐞𝐚𝐥 𝐄𝐬𝐭𝐚𝐭𝐞 𝐍𝐞𝐠𝐨𝐭𝐢𝐚𝐭𝐨𝐫 / 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡)
Siapa mereka? REN merupakan jurujual hartanah yang diupah dan dilantik secara rasmi oleh firma agensi hartanah untuk membantu Ejen Hartanah (REA) dalam operasi perniagaan.

Batasan Tugasan: Walaupun REN banyak turun padang untuk berjumpa prospek, merunding harga, dan menguruskan lawatan rumah (viewing), mereka tidak boleh bertindak sendirian. Mereka wajib beroperasi di bawah penyeliaan terus REA.

Penting: REN sama sekali tidak dibenarkan menandatangani sebarang kontrak dokumen perjanjian yang mengikat bagi pihak firma.

Segala urusan rasmi firma mesti dipertanggungjawabkan kepada REA.

💡 Kesimpulan untuk Pembeli/Penjual: Ketiga-tiga golongan ini sah di sisi undang-undang untuk membantu urusan hartanah anda.

Namun, pastikan individu yang anda berurusan itu sentiasa membawa pas pengenalan yang sah (REN/PEA/REA Tag) dan bernaung di bawah sebuah firma agensi berdaftar.

Elakkan "broker haram"!

Kongsikan info ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang tengah cari rumah tu. Biar ilmu penuh di dada, barulah urusan hartanah lebih selamat! 😉✨

𝐒𝐎𝐌𝐄𝐓𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐖 𝐈𝐒 𝐂𝐎𝐌𝐈𝐍𝐆‼️Something 𝐁𝐈𝐆 is unfolding behind the scenes…Behind this moment lies months of vision, courage ...
02/01/2026

𝐒𝐎𝐌𝐄𝐓𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐖 𝐈𝐒 𝐂𝐎𝐌𝐈𝐍𝐆‼️

Something 𝐁𝐈𝐆 is unfolding behind the scenes…
Behind this moment lies months of vision, courage and bold decisions.

𝐄𝐦𝐩𝐢𝐫𝐞𝟕𝟕𝟖 Group is stepping into a powerful transformation,
stronger vision, bolder direction and greater purpose.
What started as a dream is now evolving into something far beyond expectations.

This isn’t about changing direction.
It’s about raising the standard.
Stronger foundation. Sharper focus. Bigger future

🚀 Stay tuned.
🚀 Watch this space.
🚀 Be ready to witness the next evolution.

Something New Is Coming. And it’s going to change everything.


🎉  𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔  🎉Daripada seluruh warga 𝐄𝐦𝐩𝐢𝐫𝐞𝟕𝟕𝟖, kami mengucapkan 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 kepada semua...
01/01/2026

🎉 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 🎉

Daripada seluruh warga 𝐄𝐦𝐩𝐢𝐫𝐞𝟕𝟕𝟖, kami mengucapkan 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 kepada semua rakan niaga, klien, ahli pasukan dan penyokong setia kami.

Tahun yang lalu penuh dengan pembelajaran, cabaran dan pencapaian. Setiap langkah yang ditempuh menjadikan kami lebih matang, lebih fokus dan lebih bersedia untuk melangkah lebih jauh.

🎯 2026 hadir dengan harapan baharu.
Lebih besar visinya, lebih jelas halatujunya dan lebih kuat komitmen kami untuk terus membina empayar kejayaan bersama.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda.

Ayuh kita cipta lebih banyak kejayaan, peluang dan nilai..bersama 𝐄𝐦𝐩𝐢𝐫𝐞𝟕𝟕𝟖.

Let’s make 2026 extraordinary. 🚀✨

1. Pasaran harta tanah negara menunjukkan pertumbuhan sederhana pada Suku Ketiga 2025. 2. Aktiviti pasaran menunjukkan m...
03/12/2025

1. Pasaran harta tanah negara menunjukkan pertumbuhan sederhana pada Suku Ketiga 2025.

2. Aktiviti pasaran menunjukkan momentum pertumbuhan yang sederhana, berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global yang kian mencabar.

3. Nilai transaksi terus mencatat pertumbuhan meskipun prestasi bilangan transaksi menunjukkan sedikit penyusutan.

4. Prestasi bilangan transaksi harta tanah merekodkan sebanyak 108,250 transaksi, penyusutan marginal 3.5%.

5. Nilai transaksi menokok 12.5% kepada RM64.39 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2024.

6. Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) menunjukkan pertumbuhan dengan harga purata rumah merekodkan RM494,384 seunit.

7. Unit kediaman siap dibina tidak terjual merekodkan peningkatan.

8. Unit pangsapuri khidmat siap dibina tidak terjual (unsold completed) turut merekodkan peningkatan pada Q3 2025.

9. Momentum peningkatan dalam status pasaran, ketidaktentuan permintaan domestik dan cabaran ekonomi global yang sukar diramal menjadikan trajektori pertumbuhan pasaran harta tanah kekal optimistik dengan pendekatan lebih berhati-hati.

1. Bila jumpa rumah cantik, harga pun nampak ok, tapi betul ke harga tu ikut market?2. Cara paling senang ialah dengan s...
11/11/2025

1. Bila jumpa rumah cantik, harga pun nampak ok, tapi betul ke harga tu ikut market?

2. Cara paling senang ialah dengan semak valuation bank. Minta ejen bantu check dengan valuer, percuma je.

3. Bandingkan dengan listing area sama, tapi jangan percaya 100% harga iklan. Tengok harga transaksi sebenar.

4. Kalau rumah tu jauh lebih tinggi dari average, minta negotiate.

5. Jangan takut nak tanya, sebab beza RM10,000 boleh jimat banyak dari segi loan dan interest.

Sekarang ni sesuai ke beli rumah? Ekonomi tak beberapa stabil la.Tengok situasi diri sendiri.Kalau dah ada simpanan bany...
10/11/2025

Sekarang ni sesuai ke beli rumah? Ekonomi tak beberapa stabil la.

Tengok situasi diri sendiri.

Kalau dah ada simpanan banyak, pendapatan stabil dan jumpa rumah bawah nilai pasaran, itu peluang.

Bila ekonomi perlahan, banyak owner nak jual cepat. Kadar pinjaman pun masih di tahap yang rendah.

Yang penting bukan ‘ekonomi tengah naik ke turun’, tapi sama ada kita dah bersedia atau belum.

Pagi-pagi ni, kopi ke teh yang jadi 'starting point' korang? ☕Kalau saya, mesti kopi. Tak kiralah kopi jenis apa. Janji ...
08/11/2025

Pagi-pagi ni, kopi ke teh yang jadi 'starting point' korang? ☕

Kalau saya, mesti kopi. Tak kiralah kopi jenis apa. Janji kopi. Tak lengkap hari rasanya, kalau tak pekena.

Address

Kajang
43500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60172794464

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Najib Mohamed posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Najib Mohamed:

Shortcuts

Share

Category