BSI Update

Directions

BSI Update Keeping Bangunan Sultan Iskandar safe, efficient & ready for what’s next. Your trusted partner in facility excellence.

Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah menerima kunjungan YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawa...
22/10/2026

Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah menerima kunjungan YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, petang tadi bagi sesi taklimat dan lawatan tapak berkaitan projek penggantian lif dan eskalator di BSI dan JB Sentral.

Pihak BSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Fazli atas keprihatinan serta komitmen berterusan dalam memastikan kemudahan infrastruktur awam sentiasa berada pada tahap yang baik.

Usaha penggantian lif dan eskalator ini merupakan langkah penting dalam meningkatkan keselesaan, keselamatan dan kelancaran pergerakan pengguna di BSI dan JB Sentral.

Pihak BSI berharap pelaksanaan projek ini dapat berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada semua pengguna, sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengalaman perjalanan di kedua-dua fasiliti ini.

BSI komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna.

12/10/2026

Yang masih mencari cari kerja especially area JB, jom datang open day kami pada 15 Oktober ini bermula jam 8 pagi bertempat di pejabat VFive Group Wilayah Selatan di Wisma Haji Bandi

16/09/2026

🇲🇾 Hari Malaysia, Gaya BSI!

VFive Group Wilayah Selatan membawa sedikit keceriaan dan semangat Malaysia ke Bangunan Sultan Iskandar, apabila pelbagai jabatan dan agensi di BSI dan JB Sentral bersama-sama meraikan Hari Malaysia dalam suasana yang santai dan penuh semangat patriotik.

Suasana meriah, warga yang hebat dan semangat cintakan Malaysia jelas terasa. ❤️🇲🇾

Berbeza pasukan, satu semangat Malaysia.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!

31/08/2026
Program Bacaan Yasin Bulanan di Bangunan Sultan Iskandar menjadi medan menyatukan hati, mengukuhkan silaturahim dan memo...
07/08/2026

Program Bacaan Yasin Bulanan di Bangunan Sultan Iskandar menjadi medan menyatukan hati, mengukuhkan silaturahim dan memohon keberkatan daripada Allah SWT agar bangunan ini sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-Nya.

14/07/2026

Macam mana nak pastikan aircond sentiasa berfungsi dengan baik? Pastilah dengan servis berkala

27/04/2026

Kepada warga Johor Bahru yang masih mencari pekerjaan terutamanya sebagai technician, boleh hadir di Wisma Haji Bandi esok 28 April 2026 bermula 9 pagi - 6 Petang. Walk in jeee

19/03/2026

Raya Jumaat ke Sabtu? Jangan pening pening, jom dengar pengumuman raya ni

10/03/2026

Betul lah tu, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik 🥲

09/03/2026

Sumbangan bakul makanan Yayasan VFive di Mersing

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSI Update posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share