04/10/2026
HUTANG KERETA, ATAU RUMAH DULU?
Sahabat sekalian;
1. Kalau gaji kita bawah RM3000 sebulan dan ada impian beli rumah tamat pengajian. Tangguhkan dulu niat beli kereta.
2. Jika kita gaji lebih dari RM3000 dan ada impian beli kenderaan dulu, boleh sahaja dilaksanakan.
3. Jika kita beli kenderaan dulu, peluang untuk beli dan lulus pembiayaan rumah agak mudah terhalang.
4. Kadar yang sihat buat kenderaan hanyalah 15%, tetapi bank masih bagi kelulusan sampai 30%-40% gaji kita. Bank mudahkan pembiayaan kenderaan.
5. Jika kita beli rumah dulu, peluang untuk beli kenderaan, akan lebih mudah sebenarnya.
6. Tidak ada yang betul atau salah beli kenderaan atau rumah dulu.
7. Keduanya baik jika ia sebahagian dari Matlamat Kewangan hidup kita.
8. Ada orang boleh jana duit dengan kenderaan yang dia beli. Ada orang bijak buat rumah sewa dengan bilik bilik yang dia ada.
9. Semua bergantung matlamat kewangan kita. Bina Matlamat Kewangan sebelum nak beli apa apa.
Menjelang tahun baru 2025 ini, apa matlamat kewangan kita?
Nak ada simpanan emas 50 gram
Nak ada simpanan di TH RM10,000 tunai
Nak ada simpanan di ASNB dengan sijil ASBF RM200k
Nak beli rumah sendiri bawah RM250k
Nak ada kedai pertama
Nak buat majlis kahwin buat diri RM10,000 sebab lama sangat dah single!
Apapun matlamat, selagi ianya membawa kebaikan, teruskan.
Yang penting, kita Urus, Bukan Boros ya!
Mohd Faez
REN52896