26/06/2021
Nak beli rumah, carilah dekat2 dengan McD. Berbaloi-baloi🤑🤑🤑 Kan McDonald's?
𝐁𝐔𝐑𝐆𝐄𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇
Siapa yang tak kenal dengan jenama besar, McDonald's (panggilan manja, Mekdi atau McD jika di Malaysia). Diasaskan oleh 2 orang adik beradik 👬 yang berasal dari Amerika Syarikat, Richard James McDonald (Dick) and Maurice James Mcdonald (Mac) sejak tahun 1940an dengan restoran drive-in kecil (beli dan makan di dalam kereta) pertamanya atau berkonsepkan 'fast food less than 5 minutes', jenama McDonald's ini mula bertapak di San Bernadino, California dengan berasaskan menu utamanya, burger 15 sen, milkshake dan juga kentang goreng🍔🥛🍟
Bermula dengan ilham dengan hanya berniaga hotdog 🌭 pada awalnya oleh 2 beradik ini, jenama McDonald's kini merupakan antara yang dikenali di lebih 100 buah negara di dunia dengan lebih 36,000 cawangan. Anda pastinya tidak menjangka jika dikatakan 1 cawangan baru McDonald's akan dibuka setiap 5 jam di setiap pelusuk dunia 😱
Sejarah bagaimana empayar McDonald's ini berkembang dengan cukup pantas dan dikenali sehingga hari ini bermula apabila seorang jurujual jalanan dengan hanya mencari nafkah dengan menjual mesin milkshake, Raymond Albert Kroc atau Ray Kroc dan juga 🤔 pemikirannya yang selalu 😡 bencikan pelanggan terpaksa menunggu makanan dalam tempoh yang panjang telah bertemu dengan 2 beradik McDonald ini pada tahun 1954 selepas mendapat tempahan 4 mesin milkshake yang mampu menghasilkan 8 milkshake setiap satu mesin dalam satu masa.
Selepas menempuhi ratusan kilometer 🛣️ untuk sampai di San Bernadino, beliau akhirnya tiba dan terkejut setelah mendapat orang ramai beratur panjang dengan 🚗🚙🚐🚛 kereta untuk membeli burger. Beliau berjaya menemui Dick dan Mac sebelum dibawa untuk melihat dapur yang telah diubah suai dan mampu menghasilkan sebiji burger dalam tempoh kurang 30 saat.
Ray Kroc berjaya meyakinkan adik beradik Mcdonald untuk menjual konsep revolusi mereka kepadanya dan beliau berfikir untuk mengembangkannya sebagai 🔥 satu model francaise. Cadangan Ray Kroc sebelum perjanjian dengan Dick dan Mac dimuktamadkan, beliau sendiri akan melakukan penjualan dan akan mendapatkan rakan kongsi yang baru. Bagi 2 beradik Mcdonald p**a, mereka akan meminjamkan nama jenama mereka iaitu McDonald's dan akan mendapat hasil sebanyak 0.5% daripada semua hasil jualan. 🗒️✒️ Persetujuan akhirnya dicapai antara mereka bertiga.
Ray Kroc telah membuka cawangan pertamanya di timur sungai Mississippi 🏞️ iaitu di Des Plaines, Illinois pada pertengahan April 1955 dan seterusnya berjaya membuka lebih 228 cawangan di seluruh Amerika Syarikat dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Visi beliau adalah untuk membuka sekurang-kurangnya 1,000 cawangan McDonald's hanya di Amerika Syarikat. Hasratnya ingin mahu melihat McDonald's sebuah tempat makan bagi setiap keluarga. Setelah visinya tercapai dan pada tahun 1967, restoran McDonald's telah melebarkan sayap ✈️ ke Kanada dan Puerto Rico untuk menembusi pasaran antarabangsa apabila pop**aritinya semakin meningkat dan perniagaan semua restoran McDonald's juga berjalan dengan baik.
Pada satu ketika, beliau diuji dengan hutang yang banyak setelah banyak lagi pembukaan cawangan McDonald's baru di serata dunia hinggakan beliau terpaksa menggadaikan rumahnya 🏘️. Namun akhirnya beliau tersedar selepas diberitahu oleh peguamnya yang beliau bukanlah menjalankan perniagaan fast food atau burger tetapi sebenarnya sedang mengembangkan empayar hartanah McDonald's 🏪.
Kini, nilai perniagaan hartanah mereka telah melebihi $53 billion sehingga tahun lepas melalui McDonald’s Real Estate Corporation yang diasaskan oleh Ray Kroc dan sehingga ke hari ini, empayar ini terus meluas 📈. Tidak hairanlah jika ramai orang mengatakan McDonald's adalah antara yang terbaik dalam pemilihan lokasi 📍 sebelum membuka sesebuah cawangan kerana mereka sebenarnya sebuah syarikat gergasi dalam dunia hartanah dan lebih arif untuk menjaga para pelanggannya dan membentuk komuniti baru di suatu tempat. Empayar McDonald's juga tidak akan jatuh bankrap sekiranya esok tidak ada sesiapa yang ingin membeli burger atau menu-menu lain di restoran 'fast food' mereka.
✅ Kesimp**annya di sini:
1. Kita perlu ambil kira kesesuaian lokasi untuk membeli rumah dan nilai pasaran untuk jangka masa yang panjang.
2. Hartanah adalah aset yang sentiasa berkembang pada nilainya dari tahun ke tahun.
3. Nak menjadi seorang investor hartanah yang berjaya memerlukan ilmu hartanah yang tinggi.
4. Hartanah akan melibatkan ekonomi diri sendiri dan juga keluarga. Esok atau lusa apa akan jadi jika kita tak mampu bayar ansuran rumah? Berhati-hati dalam membeli hartanah dan dapatkan nasihat dan pandangan dari agen hartanah yang berpengalaman, peguam hartanah atau mereka yang 'expert' dalam bidang hartanah.
✅ Nota untuk usahawan:
1. Sentiasa ada alternatif yang lain sekiranya jalan yang ada sekarang ini telah buntu. Perlu fikir 'Option A' dan 'Option B' atau mungkin 'Option C' pada awalnya, jangan berlengah! Masa tak akan tunggu kita untuk bila baru nak berfikir.
2. Jangan cepat berputus asa, kita sendiri sebenarnya mampu cetuskan idea yang jauh lebih baik dan menarik. Perlu musyawarah sesama pekerja bagi memastikan syarikat tak gugur di medan perang pada pertengahan jalan.
3. Tanpa pelanggan, tak akan jalan perniagaan. Jadi, sentiasa ingat dalam tanggungjawab bahawa perkhidmatan yang baik akan membuatkan pelanggan gembira. Anda akan rasa 'feel' bila pelanggan 'happy'.
4. Sentiasa ke depan untuk mencari peluang lebih baik untuk diketengahkan kerana peluang tak akan selalu kunjung tiba. Jika hanya menanti, alamatnya bagai pungguk rindukan bulan.
5. Cita-cita perlu tinggi kerana kita tak akan tahu apa yang bakal terjadi mungkin pada esok hari, bulan depan, tahun depan atau pada tahun-tahun akan datang. Sebab Cita-cita ini akan menjadikan kita lebih kuat untuk berusaha.
6. Bersemangat kental walaupun diuji dengan kejatuhan. Ilmu pengurusan wang dan akaun amat penting bagi memastikan kita, syarikat dan juga pekerja untuk kekal berdaya saing dalam pasaran.
Mohon maaf jika ada salah info.
Mohd Aizat
19 Jun 2021
Kredit:
1. thestrategystory.com/2020/09/24/mcdonalds-real-estate/amp/
2. https://corporate.mcdonalds.com/corpmcd/our-company/who-we-are/our-history.html