Yayasan Sultanah Bahiyah

Call Directions Website Contact the business

Yayasan Sultanah Bahiyah YAYASAN SULTANAH BAHIYAH, Lot 223-224, Jalan Shahab 2, Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Terima kasih

Tel: 04 - 730 4112 Faks : 04 732 2730 Laman Web: www.ysb.org.my Bagi yang berminat untuk menderma kepada Yayasan Sultanah Bahiyah bolehlah menulis cek atas nama YAYASAN SULTANAH BAHIYAH & dihantarkan ke alamat tertera.

24/10/2026

Karnival PBD STEM 2026 Sekolah-Sekolah Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah pada 21 hingga 22 Oktober 2026 bertempat di KEDA Resort, Bendang Man, S*k.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL PBD STEM 2026 SEKOLAH-SEKOLAH PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH22 Oktobe...
23/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL PBD STEM 2026 SEKOLAH-SEKOLAH PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

22 Oktober 2026

Karnival PBD STEM 2026 melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim, Ahli Lembaga Amanah merangkap Timbalan Pengerusi Program Pendidikan YSB.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori pertandingan, pengiktirafan kepada pemenang keseluruhan serta penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan kepada 22 buah sekolah yang terlibat.

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN:

BAHASA INGGERIS
English Game Challenge
- Johan: SJKC Chio Min A, Kulim

Word Wizard
- Johan: SK Siong, Baling

MATEMATIK
Math Tower Technology
- Johan: SK Amar Diraja, Kota Setar

Innovative Math Game
- Johan: SK Jabi, Pokok Sena

SAINS
Battle of Young Scientist
- Johan: SK Kubur Panjang, Pendang

Eco-Foodtech Innovator
- Johan: SK Jabi, Pokok Sena

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
Inovasi (STEM)
- Johan: SJKT Ladang Henrietta, Kulim

Bridge Building Competition
- Johan: SK Seri Amar Diraja, Kota Setar

ANUGERAH UTAMA
Johan Keseluruhan (RM1000): SK Siong, Baling

Tempat Kedua (RM800): SK Seri Amar Diraja, Kota Setar

Tempat Ketiga (RM500): SJKC Chio Min A, Kulim

Penyertaan Terbanyak (RM300): SK Darulaman, Kuala Muda

Selain pengisian pendidikan, program ini turut menyaksikan penyampaian Wakalah Zakat kepada 10 buah keluarga di daerah S*k sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan dan tanggungjawab sosial YSB terhadap masyarakat.

Turut sama hadir ialah Encik Mohd Syahmi bin Idris, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) yang mewakili Pegawai Daerah S*k; Encik Mohd Neezam bin Amir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah), mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Kedah; Datin Dr. Raamani a/p Dato' Thannimalai dan Puan Zalilah binti Mohamad, Ahli Lembaga Amanah merangkap Ahli Jawatankuasa Program Pendidikan YSB.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah S*k , Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah PTB YSB, para guru, jurulatih, fasilitator, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan karnival ini.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta!

KARNIVAL PBD STEM 2026 SEKOLAH-SEKOLAH PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH21 Oktober 2026Yayasan Sultanah Bah...
23/10/2026

KARNIVAL PBD STEM 2026 SEKOLAH-SEKOLAH PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

21 Oktober 2026

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menganjurkan Karnival PBD STEM Sekolah-Sekolah Projek Titian Bistari YSB 2026 selama 2 hari 1 malam bertempat di KEDA Resort Bendang Man, S*k, Kedah.

Karnival pada ini merupakan peringkat akhir bagi pertandingan yang diadakan dan kesemua 22 buah sekolah Projek Titian Bistari YSB telah layak ke peringkat final pada tahun ini.

Seramai 186 orang murid terlibat dengan sokongan 124 orang guru pengiring, jurulatih utama dan urus setia daripada YSB dan JPN Kedah.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dilaksanakan bagi mencungkil bakat, kreativiti serta potensi murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dan Matematik melalui pendekatan yang menyeronokkan dan inovatif.

Empat acara pertandingan utama yang dipertandingkan dalam subjek STEM iaitu:

BAHASA INGGERIS
1. English Game Challenge
2. Word Wizard

MATEMATIK
1. Math Tower Technology
2. Innovative Math Game

SAINS
1. Battle of Young Scientist
2. Eco-Foodtech Innovator

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
1. Inovasi (STEM)
2. Bridge Building Competition

Terima kasih kepada semua sekolah, murid dan guru yang memberikan komitmen penuh sepanjang karnival berlangsung.

Salam Jumaat...Moga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikkan buat kita semu...
23/10/2026

Salam Jumaat...

Moga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikkan buat kita semua.

Sumbanglah ke;

Bank Islam Malaysia Berhad
YAYASAN SULTANAH BAHIYAH
02011010142340

atau

terus klik di pautan https://yayasansultanahbahiyah.onpay.my/order/form/1

Sumbangan RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Resit Pengecualian Cukai (atas permintaan).

MAJLIS PENUTUP PROGRAM JALINAN KASIH WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN WARGA EMAS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026Majlis pe...
19/10/2026

MAJLIS PENUTUP PROGRAM JALINAN KASIH WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN WARGA EMAS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Majlis penutup rasmi telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani, Pegawai Daerah Yan.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang!
Johan Keseluruhan:PAWE Alor Setar
Pasukan Pakaian Seragam Terbaik:PAWE Baling

Majlis penutup turut dimeriahkan dengan persembahan Jom Kugiran Buskers, Kumpulan Mawar Lestari dan persembahan bertenaga dari PAWE Kubang Pasu.

Hadir bersama:

YBhg. Dato' Haji Nasir bin Mustafa, Ahli Lembaga Amanah YSB merangkap Pengerusi Program Warga Emas YSB;

YB Tuan Haji Abdul Ghafar bin Saad, ADUN Guar Chempedak merangkap Pengerusi PAWE Yan;

YBhg. Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim, Ahli Lembaga Amanah YSB.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penyampaian Sumbangan Wakalah Zakat YSB kepada 10 keluarga asnaf Daerah Yan, serta sumbangan 20 kampit beras 5kg kepada warga emas daripada Guar Chempedak Buddhist Association dan Makkal Sakti Malaysia (Bahagian Jerai) yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim.

Bagi YSB, kebajikan tidak mengenal warna kulit, kaum mahupun agama. Selagi bergelar insan, kita bersaudara.

YSB merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Yan, PAWE Yan, semua agensi dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program penuh bermakna ini.




 17/10/26PROGRAM JALINAN KASIH WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026Seramai 55...
19/10/2026



17/10/26

PROGRAM JALINAN KASIH WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Seramai 550 warga emas dari segenap pelosok Kedah berhimpun di Pantai Murni, Yan bersempena dengan Program Jalinan Kasih Warga Emas 2026 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) bersama Pusat Warga Emas (PAWE) Yan dan Majlis Daerah Yan sempena Sambutan Hari Warga Emas Sedunia 2026.

Terima kasih buat 16 kontinjen yang hadir menyatukan langkah, dari PAWE Yan, Kubang Pasu, Pendang, Alor Setar, Jalan Stadium, 3A Alor Setar, Kulim, Bandar Baharu, Baling, Permatang Katong, Padang Terap, Kelab Warga Emas Masjid Rafeah Taman Uda, Kelab Warga Emas KK Changlun, Persatuan Bekas Anggota KEMAS Kedah, Guar Chempedak Buddhist Association serta Persatuan Makkal Sakti Jerai.

Inilah wajah sebenar Malaysia yang mencerminkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum, agama dan latar belakang. Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lain duduk semeja, berkongsi tawa serta mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh muhibah.

Program pengisian pagi dimulakan dengan senamrobik, diikuti sukaneka, permainan congkak dan dam aji, gubahan tuala, hiasan pulut kuning dan aktiviti teka lagu retro. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.

Turut disediakan pemeriksaan kesihatan gigi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Yan, pameran kesedaran oleh JKM Daerah serta cabutan bertuah yang mengujakan.




 Pada 15 Oktober 2026 , Unit Kebajikan YSB telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Encik Jalaluddin bin Bakar yan...
18/10/2026



Pada 15 Oktober 2026 , Unit Kebajikan YSB telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Encik Jalaluddin bin Bakar yang menetap di Kampung Parit Buaya, Alor Janggus, Alor Setar, Kedah, bagi membantu meringankan beban beliau susulan kejadian kebakaran rumah pada 14 Oktober 2026.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Zahron bin Taha, Penyelia Kebajikan YSB, sebagai tanda keprihatinan YSB terhadap nasib mangsa yang ditimpa musibah.

Kejadian kebakaran ini merupakan satu ujian yang berat buat Encik Jalaluddin dan keluarga. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban kewangan serta memberikan sedikit kelegaan kepada beliau sekeluarga dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

YSB sentiasa komited dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya individu dan keluarga yang ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir dan bencana alam yang lain.

Sehubungan itu, YSB mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada orang ramai bagi membolehkan lebih ramai golongan yang memerlukan terus dibantu.

Mungkin kecil bagi anda, namun amat besar maknanya buat mereka yang memerlukan.

Semoga Encik Jalaluddin bin Bakar dan keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan.




 CERIA WARNA-WARNI 50 CILIK KEMAS MERIAHKAN MINI KARNIVAL KESIHATAN 3.0 YSB25/9/26 - Seramai 50 orang permata cilik Tabi...
18/10/2026



CERIA WARNA-WARNI 50 CILIK KEMAS MERIAHKAN MINI KARNIVAL KESIHATAN 3.0 YSB

25/9/26 - Seramai 50 orang permata cilik Tabika KEMAS hadir memeriahkan Peraduan Mewarna sempena Mini Karnival Kesihatan 3.0 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB).

Seawal jam 8.00 pagi, anak-anak cilik dari Tabika KEMAS Padang Matsirat, Padang Kandang, Kampung Yoi, Lapangan Terbang, Kuala Muda dan Bukit Tangga hadir beriringan bersama ibu bapa dan waris.

Bukan sekadar mewarna. Dengan tema “Pemakanan Sihat Sejak Kecil” sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, setiap contengan warna adalah didikan awal tentang kasih pada sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan sihat. Inilah cara YSB menyemai kesedaran kesihatan melalui kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.

Setinggi-tinggi penghargaan buat McDonald’s Pantai Cenang yang begitu prihatin menaja pek sarapan pagi buat semua peserta. Terima kasih kerana mengukir senyuman di wajah-wajah kecil ini.

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT JUARA-JUARA CILIK!

JOHAN:Hurun ‘Ain binti Hairul Amzah
Tabika KEMAS Padang Kandang

NAIB JOHAN:Sarah binti Mohamed Nazmi
Tabika KEMAS Lapangan Terbang

TEMPAT KETIGA:Muhammad Al Amin bin Mohamad Aizat
Tabika KEMAS Kampung Yoi

Tahniah!

Bagi YSB, setiap seorang daripada 50 peserta adalah juara di hati kami. YSB akan terus komited menganjurkan program mesra kanak-kanak demi melahirkan generasi sihat, cergas dan cerdas.



 JUTAAN TERIMA KASIH PAHLAWAN DARAH LANGKAWI70 PEK DARAH DALAM 4 JAM: BUKTI KEPEDULIAN LUAR BIASA WARGA LANGKAWI25/9/26–...
14/10/2026



JUTAAN TERIMA KASIH PAHLAWAN DARAH LANGKAWI

70 PEK DARAH DALAM 4 JAM: BUKTI KEPEDULIAN LUAR BIASA WARGA LANGKAWI

25/9/26– Detik yang amat membanggakan buat seluruh warga kerja Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan Tabung Darah Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi.

Dalam tempoh singkat hanya empat (4) jam, sebanyak 70 pek darah berjaya dikumpulkan hasil Kempen Derma Darah sempena Mini Karnival Kesihatan 3.0 YSB anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi di Wellness Hub, Padang Matsirat.

Sambutan yang diterima jauh melangkaui jangkaan. Barisan penderma yang hadir bukan sahaja terdiri daripada penderma setia, malah turut diserikan dengan kehadiran wajah-wajah baharu yang penuh semangat. Setiap seorang daripada mereka pulang dengan senyuman dan cenderahati eksklusif berupa t-shirt edisi khas YSB sebagai tanda penghargaan atas sumbangan murni mereka.

Apa yang lebih menyentuh hati, hasil semakan rekod mendapati hampir satu pertiga daripada jumlah penderma adalah penderma kali pertama seumur hidup. Mereka adalah generasi baharu wira yang berani melangkah, dan mempunyai potensi besar untuk menjadi tulang belakang kepada tabung darah negara sebagai penderma aktif berterusan.

Ini adalah bukti nyata bahawa gerak kerja advokasi dan kempen kesedaran yang digerakkan secara konsisten oleh YSB telah berjaya menyentuh hati nurani masyarakat. Ia bukan sekadar kempen, ia adalah gerakan menyemai rasa ihsan.

“KERANA SETITIS DARAH ANDA, SEBUAH NYAWA TERSENYUM KEMBALI”

Pihak YSB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua 70 wira yang tidak didendang. Keprihatinan anda adalah nadi harapan buat pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa di wad-wad hospital.

Anda bukan sekadar menderma darah. Anda menderma kehidupan.

YSB berikrar akan terus komited menjadi jambatan kebajikan, menyokong penganjuran program-program kesihatan berimpak tinggi demi kesejahteraan komuniti. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi di siri karnival kesihatan yang akan datang dengan skala yang lebih besar.

Tahniah, Langkawi. Anda memang prihatin.




11/10/26Sebagai usaha berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan, Yayasan Sultanah Bahiyah telah melaksanakan ...
12/10/2026

11/10/26
Sebagai usaha berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan, Yayasan Sultanah Bahiyah telah melaksanakan ziarah kebajikan ke kediaman penerima yang mengalami masalah kesihatan dan terlantar sakit.

Menerusi ziarah ini, YSB telah menyampaikan sumbangan berupa kotak makanan asas, kerusi roda dan wang tunai bagi membantu memenuhi keperluan harian penerima, memudahkan pergerakan serta meringankan beban kewangan mereka dan ahli keluarga yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan YSB terhadap kebajikan masyarakat, khususnya golongan yang berdepan cabaran kesihatan dan keterbatasan pergerakan. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membawa manfaat, memberikan keselesaan serta menyuntik semangat kepada penerima dan keluarga mereka.

Sumbanglah ke Yayasan Sultanah Bahiyah
02011010142340
Bank Islam Malaysia Berhad

Address

Lot 223 & 224 Jalan Shahab 2, Shahab Perdana
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30

Telephone

+6047304112

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yayasan Sultanah Bahiyah:

Shortcuts

Share

Category