Mohd Rais Zulkifli

Call Contact the business

Mohd Rais Zulkifli Life Is A Journey

07/10/2026
KENYATAAN MEDIATAN SRI MUHYIDDIN YASSINSaya amat dukacita dengan berita pemergian Allahyarhamah Irene Sofiya, 16, dalam ...
06/10/2026

KENYATAAN MEDIA
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Saya amat dukacita dengan berita pemergian Allahyarhamah Irene Sofiya, 16, dalam kejadian tragis di sebuah sekolah di Yong Peng. Saya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Kehilangan seorang anak pada usia yang begitu muda merupakan ujian yang amat berat. Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi dugaan ini.

Saya menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya terdapat unsur jenayah atau kecuaian, tindakan sewajarnya mesti diambil mengikut undang-undang tanpa mengira siapa yang terlibat. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan tidak harus menunggu sehingga siasatan selesai untuk mengambil langkah pencegahan. Sebarang kelemahan dalam aspek keselamatan, pemantauan, disiplin serta pengurusan buli dan keganasan di sekolah mesti dikenal pasti dan diperbaiki segera.

Saya juga menyeru Kementerian Pendidikan melaksanakan audit menyeluruh terhadap sistem keselamatan dan mekanisme pencegahan buli di sekolah, termasuk keberkesanan saluran aduan dan tindakan susulan terhadap setiap laporan. Sebarang tanda buli, ugutan, gangguan atau ancaman terhadap keselamatan pelajar mesti dipandang serius dan ditangani sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Dalam masa yang sama, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati keluarga Allahyarhamah dan proses siasatan.

Pemergian Irene Sofiya tidak boleh berakhir dengan ucapan takziah semata-mata. Kita mesti memastikan tragedi seperti ini tidak berulang dan setiap anak yang melangkah ke sekolah dapat belajar dalam suasana yang selamat serta pulang ke pangkuan keluarga mereka dengan selamat. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Irene Sofiya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
5 Oktober 2026

Saya dan keluarga mengucapkan salam takziah yang setulusnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga a...
28/09/2026

Saya dan keluarga mengucapkan salam takziah yang setulusnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian insan yang amat dikasihi, Almarhumah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, ke rahmatullah pagi ini.

Saya amat berdukacita menerima berita pemergian Almarhumah yang sepanjang hayatnya dikenali sebagai seorang tokoh Wanita yang terbilang dan Ikon Malaysia, wanita yang penuh kelembutan, kasih sayang, kebijaksanaan dan sentiasa merendah diri. Bagi saya, Almarhumah bukan sahaja seorang tokoh yang disegani rakyat Malaysia, malah seorang insan yang sentiasa menunjukkan sifat keibuan, kemuliaan budi dan keprihatinan kepada semua yang mengenalinya.

Sepanjang saya mengenali Tun Dr Mahathir dan keluarga, Almarhumah sentiasa menjadi sumber kekuatan, pendamping yang setia serta insan yang sentiasa membawa ketenangan kepada orang di sekelilingnya. Jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau kepada negara akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dalam saat yang penuh kesedihan ini, saya mendoakan agar Tun Dr Mahathir serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
28 September 2026

BEZA KES ZAHID HAMIDI DAN MUHYIDDINAda persamaan antara kes Zahid Hamidi dan Muhyiddin. Kedua-duanya melibatkan pertuduh...
22/09/2026

BEZA KES ZAHID HAMIDI DAN MUHYIDDIN

Ada persamaan antara kes Zahid Hamidi dan Muhyiddin.

Kedua-duanya melibatkan pertuduhan yang akhirnya tidak diteruskan oleh pihak pendakwaan.

Tetapi terdapat satu perbezaan penting.

KES ZAHID HAMIDI

Zahid Hamidi menghadapi 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi.

Pendakwaan memanggil 99 saksi sepanjang perbicaraan.

Pada 2022, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan berjaya membuktikan prima facie bagi kesemua 47 pertuduhan dan Zahid diperintahkan membela diri.

Pada September 2023, pendakwaan memohon DNAA terhadap kesemua 47 pertuduhan.

Pada Januari 2026, AGC mengumumkan No Further Action (NFA) selepas siasatan lanjut dan penelitian terhadap bahan serta representasi yang diterima.

KES MUHYIDDIN

Muhyiddin pada asalnya menghadapi 7 pertuduhan.

Empat daripadanya adalah pertuduhan salah guna kuasa melibatkan jumlah RM232.5 juta (berkaitan projek Jana Wibawa), dan tiga lagi adalah pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan penerimaan RM195 juta daripada Bukhary Equity.

Pada 2023, Mahkamah Tinggi atas permohonan Muhyiddin membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa tersebut.

Pendakwaan merayu.

Pada Februari 2024, Mahkamah Rayuan mengembalikan empat pertuduhan tersebut.
Perbicaraan kemudian diteruskan.

Pada 15 September 2026, selepas pendakwaan memanggil 29 saksi (untuk fakta Jana Wibawa), pendakwaan memaklumkan bahawa mereka tidak mahu meneruskan empat pertuduhan (berkait Bukhari Equity).

Empat pertuduhan itu akhirnya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Perbezaan paling asas:

Zahid: 99 saksi → prima facie telah dibuktikan → diperintah membela diri → 47 pertuduhan akhirnya NFA.

Muhyiddin: 29 saksi → belum diputuskan prima facie → empat pertuduhan ditarik → dilepas dan dibebaskan.

Satu lagi perbezaan penting:

Dalam kes Muhyiddin, empat pertuduhan itu pernah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, kemudian dihidupkan semula oleh Mahkamah Rayuan atas rayuan pendakwaan.

Kini, pihak pendakwaan sendiri memutuskan untuk tidak meneruskannya setelah bertungkus-lumus mempertahankannya dahulu.

AGC menjelaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian profesional terhadap keterangan, kebolehterimaan bukti, kredibiliti saksi dan risiko litigasi terhadap keseluruhan pendakwaan.

Dua kes.

Dua peringkat prosiding yang berbeza.

Dua keputusan pendakwaan yang berbeza.

Itulah perbezaannya.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)Kenyataan media mengenai Pengampunan Bersyarat ...
22/09/2026

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

Kenyataan media mengenai Pengampunan Bersyarat Dato' Sri Najib Razak.

Nak jugak
21/09/2026

Nak jugak

https://www.emassrisemantan.com/ref/mrtysonBeli emas dan simpan emas di Kedai Emas Sri Semantan dan nikmati keuntungan s...
14/09/2026

https://www.emassrisemantan.com/ref/mrtyson

Beli emas dan simpan emas di Kedai Emas Sri Semantan dan nikmati keuntungan simpan emas setiap bulan.

Tekan link atau scan QR dan daftar sekarang.

Soorga Emas Preloved. Beli, jual dan tukar emas dengan harga terbaik.

Address

Teluk Panglima Garang

Telephone

+60192068000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Rais Zulkifli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Rais Zulkifli:

Shortcuts

Share

Category