Homestay Kampung Sagil

Call Contact the business

Homestay Kampung Sagil Homestay di sekitar Kampung sagil

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐆𝐈𝐋 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀​📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟔/𝟎𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)​Seka...
17/07/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐆𝐈𝐋 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

​📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟔/𝟎𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)

​Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua panel penilai yang telah hadir ke 𝐇𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐚𝐲 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐠𝐢𝐥
bagi menjayakan sesi pemeriksaan rumah peserta homestay pada hari khamis yang lalu.

​Sesi pemeriksaan ini dijalankan bertujuan untuk memantau, menilai, dan memastikan setiap rumah peserta mematuhi piawaian kualiti, kebersihan, serta keselamatan yang telah ditetapkan di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia.

​Jawatankuasa Homestay Kampung Sagil amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada:

𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐟𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦
(Timbalan Pengarah MOTAC Johor)
𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐨𝐫 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡
(Pegawai Pelancongan Kanan, Tourism Malaysia Wilayah Selatan)
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐅𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐢𝐳
(PPKP Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak)
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐙𝐮𝐥𝐤𝐚𝐩𝐥𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐮𝐝𝐢𝐧
(Wakil PPHM Johor)
𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐳𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐦𝐢𝐧
(MOTAC Johor)

​Segala saranan dan input yang diberikan semasa sesi pemeriksaan ini akan kami jadikan panduan untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan para pelancong yang berkunjung ke sini.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu semua pihak.

​




25/05/2026
25/05/2026 | IsninAlhamdulillah 😊Kami dari Persatuan Homestay Kampung Sagil berkesempatan hadir ke Dewan Muafakat, Bukit...
25/05/2026

25/05/2026 | Isnin

Alhamdulillah 😊

Kami dari Persatuan Homestay Kampung Sagil berkesempatan hadir ke Dewan Muafakat, Bukit Gambir, Tangkak, Johor bagi program Bantuan Kasih Johor (BKJ 4.0) – Inisiatif Pengusaha Homestay.

Terima kasih kepada YAB Onn Hafiz Ghazi serta Tourism Johor atas keprihatinan dan sokongan kepada pengusaha homestay di negeri Johor 🤝

Semoga inisiatif ini dapat terus membantu dan memajukan industri pelancongan komuniti.

"Bangsa Johor, Terus Maju & Muafakat"







Terima kasih kpd Kerajaan Johor & Tourism Johor  atas sumbangan BKJ yg diberikan..syukur
15/05/2026

Terima kasih kpd Kerajaan Johor & Tourism Johor atas sumbangan BKJ yg diberikan..syukur

BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4

Kerajaan Negeri Johor menerusi inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 telah menyalurkan bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM300 kepada pengusaha homestay berdaftar di Negeri Johor bagi membantu memperkasa sektor pelancongan komuniti serta meringankan beban pengusaha yang masih aktif beroperasi.

Inisiatif ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM120,000 dan memberi manfaat kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta ahli Persatuan Homestay Negeri Johor.

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan ialah:
• Warganegara Malaysia
• Permohonan menetap di Johor
• Berdaftar dengan MOTAC
• Ahli Persatuan Homestay Negeri Johor
• Masih beroperasi secara aktif

Tourism Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan industri pelancongan negeri khususnya melibatkan komuniti pengusaha homestay di Johor.

Untuk semakan rayuan dan permohonan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 boleh dibuat menerusi Sistem Bantuan Kasih Johor di laman sesawang https://bkj.johor.gov.my .







BKJFasa4

30/01/2026

Address

Tangkak

Telephone

+60195868677

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Kampung Sagil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay Kampung Sagil:

Shortcuts

Share