21/09/2026
19 September 2026
Tahniah diucapkan kepada pasukan KMS Property Management atas kejayaan mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dengan lancar dan teratur di Perumahan Awam Desa Rejang.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara serta isu berbangkit telah dibincangkan secara terbuka dan konstruktif. Setiap isu diteliti dan diselesaikan satu persatu melalui perbincangan serta kesepakatan bersama, demi kepentingan dan kesejahteraan komuniti.
Turut berlangsung dalam AGM ini ialah pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu yang telah dilaksanakan dengan penuh kesepakatan. Semoga barisan jawatankuasa yang dilantik dapat menggalas amanah dan tanggungjawab dengan komitmen yang tinggi serta terus menjadi penggerak kepada penambahbaikan komuniti.
KMS Property Management merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemilik, penduduk dan pihak yang terlibat atas kerjasama, kepercayaan dan sokongan yang diberikan.
Semoga kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan demi mewujudkan komuniti yang lebih harmoni, terurus dan sejahtera.
KMS Property Management
“A Fresh Breeze in Property Management”