29/10/2026
JUAL RUMAH PASANGAN BERCERAI
Masa kahwin, ada pasangan tak mampu beli rumah idaman guna satu nama (loan), maka kena buat dua nama SPA dan loan.
Ada juga si isteri yang telah dibrainwash oleh emak mereka supaya bila beli rumah masukkan nama dalam SPA/geran supaya kalau bercerai separuh rumah adalah miliknya. Baru kahwin dah plan untuk bahagi harta kalau cerai. Ini pemikiran orang lama.
Saya tak nak mengulas pasal harta sepencarian. Saya tak mahu cerita panjang macam mana mahkamah nak definasikan itu adalah harta sepencarian dan berapa peratus layak bagi setiap seorang pasangan yang bercerai. Sebabnya ia kena tengok case by case basis.
BERCERAI MESTI GADUH
Jangan percaya dengan drama Melayu swasta waktu Maghrib tu yang tunjuk kononnya ada yang bercerai cara baik. No. Bercerai mesti gaduh. Wajib. Yang cakap "kami bercerai dan jadi kawan" itu penipu. Sebelum jadi kawan tu dah berapa banyak peperangan dah berlaku tu mereka tak cerita.
DEPA YANG GADUH, EJEN JADI MANGSA SYAK WASANGKA
Bila ada rumah yang ada dua nama atau kedua-dua nya berkepentingan, memang jadi masalah besar kepada ejen yang menjual.
Kalau bekas suami recommend ejen, bekas isteri tak percaya. Kalau bekas isteri recommend ejen, bekas suami tak percaya. Saya paling leceh nak melayan kalau jenis pasangan tak nak dengar penjelasan ejen. Sibuk dengan prasangka mereka.
Untuk orang macam saya yang pernah bercerai, saya faham yang rumah ini perlu cepat dijual untuk memutuskan hubungan/urusan. Hanya tinggalkan urusan anak-anak sahaja yang tak kan putus.
DENGAR PENERANGAN EJEN SECARA BERASINGAN
Walau siapapun ejen yang dicadangkan oleh sesiapa pun, minta luangkan masa untuk sessi penerangan. Buat berasingan. Ejen pun faham anda dah benci tengok muka ex anda tu. Dengar dulu penerangan, dan tanya soalan bila tak faham.
Ejen ni jual rumah hari-hari. Sebagaimana pasangan bercerai tu nak cepat settle, ejen lagi lah nak cepat.
Lantik satu sahaja ejen. Jangan peningkan kepala nak berurusan dengan banyak ejen. Biarkan ejen itu yang berurusan dengan ejen lain dan pembeli.
ADIL DAN MUNASABAH
Bersikap adil dan munasabah adalah musuh utama orang bercerai. Kerana kebencian yang tinggi itu biasa berlaku ketidakadilan oleh kedua-dua pihak.
Ketidakadilan ini bukan sahaja dilakukan oleh pihak lelaki, yang perempuan pun sama boleh tahan degilnya. Banyak juga kes yang perempuan lagi tidak adil berbanding lelaki. Yang lelaki nya fikir nak letgo cepat je, yang perempuan p**a memanjang-manjangkan cerita.
PENJUALAN MELALUI EJEN ADALAH TRANSPARENT
Tak payahlah fobia sangat dengan ejen yang direcommend pasangan konon-kononnya tak boleh dipercayai.
Harga pasaran ejen dapatkan daripada bank (penilai panel bank), rekod transaksi terdahulu boleh cari guna portal brickz.my dan lain-lain), market supply boleh cari di Mudah.my, berapa harga akhir setuju jual kena dapat persetujuan owner, agent fees (termasuk SST) 3.24%.
Kalau tak boleh jual, turunkan harga. Turunkan lah sampai boleh jual. Tunggu lama pun (ikut timing sekarang) tak kan dapat harga lebih baik pun. Melainkan rumah anda tu rare. Kalau setakat sama dengan 20 jiran lain yang sedang jual, rentikanlah. Yang murahlah terjual dulu. Ini bukan rocket science.
ORANG YANG S**A MENYUSAHKAN, ALLAH AKAN SUSAHKAN HIDUP DIA
Janganlah pernah berniat nak menyusahkan bekas isteri atau bekas suami kerana sakit hati. Ikut pengalaman saya selagi anda ada perasaan nak menyusahkan orang maka anda pun tak akan senang hidup.
Kadang-kala harta dan anak jadi tebusan pasangan yang bercerai hanya sebab dendam dan sakit hati (cemburu) melihat kesenangan hidup bekas isteri atau bekas suami. Tetapi mereka lupa untuk move on dan sentiasa play victim walhal mereka pun boleh bahagia dan senang jika move on. Perangai play victim ini mula-mula orang percaya, lama-lama orang cap GILA.
SEMAKIN LAMBAT JUAL AKAN SEMAKIN BANYAK RUGI
Selalunya rumah yang nak dijual terbiar kosong. Kedua-duanya dah berpindah ke rumah lain. Rumah yang ditinggalkan tanpa selenggara akan rosak. Semakin lama semakin banyak kerosakan.
Melengah-lengahkan penjualan akan menyebabkan rumah yang rosak tak mendapat tawaran harga yang baik. Melainkan jika rumah itu dibaiki dahulu sebelum jual. Membaikpulih juga perlukan duit upfront dan kadang itu bukan sedikit.
Jika anda tak mahu baiki, anda akan dapat tawaran harga yang merepek daripada prospek pembeli.
KESIMPULAN:
Bercerai confirm gaduh. Bila dah bercerai, nak bercerai terus ke ada niat nak kawin balik? Bila dah bercerai nak move on ke nak mendengki bekas isteri/suami untuk balas dendam? Bersihkan hati, selesaikan urusan harta secepat mungkin. Kalau dilengahkan jika berlaku kematian mengejut nanti lagi sukar.