28/10/2026
HARGA RUMAH JOHOR NAIK 3.6%. TAPI ADAKAH RUMAH TUAN JUGA NAIK NILAINYA?
Kalau Tuan/Puan dah memiliki rumah lebih 10 tahun, mungkin pernah terfikirโฆ
โDulu saya beli rumah ni RM200,000. Agaknya sekarang dah berapa nilainya?โ
Menurut data awalan NAPIC bagi suku kedua 2026, Indeks Harga Rumah Johor mencatatkan kenaikan 3.6% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Berita yang positif untuk pasaran hartanah Johor.
Tapi ada satu perkara penting yang owner perlu faham.
Kenaikan 3.6% itu adalah berdasarkan indeks harga rumah peringkat negeri.
Bukan bermaksud setiap rumah di Johor turut meningkat sebanyak 3.6%.
Kenapa?
Sebab pasaran hartanah berbeza mengikut kawasan, jenis rumah dan permintaan pembeli.
Contohnya, rumah teres di satu kawasan mungkin mendapat permintaan yang baik.
Tetapi flat atau apartment di kawasan lain mungkin mengalami keadaan pasaran yang berbeza.
Walaupun kedua-duanya terletak di Johor.
Jadi, kalau dah simpan rumah lebih 10 tahun, macam mana nak tahu nilai sekarang?
Ada 3 perkara yang wajar disemak:
1๏ธโฃ Harga transaksi sebenar bagi rumah yang setanding di kawasan berdekatan.
2๏ธโฃ Keadaan rumah, keluasan, jenis pegangan dan ciri hartanah.
3๏ธโฃ Permintaan pembeli serta persaingan dengan rumah lain yang sedang dijual.
Satu lagi perkara yang penting.
Harga rumah yang diiklankan tidak semestinya harga yang berjaya dijual.
Sebab itu, sebelum menetapkan asking price, sebaiknya buat semakan pasaran terlebih dahulu.
Bukan bermaksud perlu menjual murah.
Tetapi supaya harga yang ditawarkan mempunyai asas yang munasabah dan selari dengan keadaan pasaran.
Rumah yang Tuan/Puan beli 10 atau 15 tahun dahulu mungkin sudah berubah nilainya. Persoalannya, berapa nilai yang disokong oleh pasaran hari ini?
Kalau Tuan/Puan ada rumah di Johor dan sedang mempertimbangkan untuk menjual, boleh PM saya.
Kita buat semakan awal supaya Tuan/Puan lebih jelas tentang anggaran harga pasaran dan proses jualan sebelum membuat keputusan.
Razeff REN 77521 | Real Estate Negotiator | NAS Realty
Sumber data: NAPIC / JPPH, Indeks Harga Rumah Malaysia Q2 2026P.